View: 4611|Reply: 22
|
[Tempatan]
Ratapan Hiba Adik Berbaju Melayu {Konsep Cuba Meyakinkan}
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 2-7-2015 12:23 AM
Kanak-kanak lelaki dipercayai warga tempatan menangis ketika diselamatkan.
Antara kanak-kanak warga asing yang menjalankan aktiviti mengemis diselamatkan dalam operasi bersepadu semalam.
[url=]
[/url]
AMPANG - Sekumpulan pengemis hanya mampu menangis sambil merayu minta dilepaskan, apabila diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam operasi bersepadu dijalankan sekitar kompleks membeli belah Ampang Point, di sini.
Ada antara mereka yang meriba bayi, beroperasi di tangga jejantas pejalan kaki dan juga kanak-kanak yang berkeliaran meminta sedekah.
Kanak-kanak yang ditahan juga tidak putus-putus meraung meminta maaf dan mohon dilepaskan.
Dalam pada itu, dua kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilihat mencurigakan bersama seorang pemuda turut ditahan dipercayai menjalankan aktiviti mengemis.
Kedua-dua kanak-kanak itu memberi alasan baru mengenali pemuda itu yang meminta mereka tolong membelikan minyak kereta yang kehabisan.
Beberapa pertanyaan yang diajukan tidak dijawab dengan konsisten malah salah seorang darinya dipercayai warga tempatan pada mulanya mengakui tinggal bersama ibu di Ampang, namun apabila terus digasak soalan, dia mengakui tinggal di masjid manakala ibunya berada di Melaka.
Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat dua beg pinggang ditemui dalam kereta pemuda berkenaan yang mengandungi sejumlah wang.
Lelaki berkenaan juga ditahan untuk siasatan kerana mencurigakan dipercayai membantu dua kanak-kanak berkenaan.
Penolong Pengarah Kanan JKM Negeri Selangor, Mohd Hidzir Jamhuri berkata, operasi menyelamatkan pengemis dan gelandangan diperhebatkan memandangkan aktiviti itu menjadi tren pada bulan Ramadan.
Menurutnya, ia merupakan operasi kelima dilaksanakan secara bersepadu di Selangor memastikan masalah berkenaan dapat diatasi.
“Sepanjang bulan Ramadan saja kita telah menyelamatkan 48 pengemis dan gelandangan dan jumlah wang kutipan aktiviti mereka mencecah RM3,800.
“Kawasan ini merupakan hotspot bagi aktiviti ini berdasarkan aduan-aduan yang diterima. Kebanyakan mereka terdiri daripada warga asing,” katanya ditemui selepas operasi berkenaan.
Operasi dilaksanakan dengan kekuatan 99 anggota terdiri daripada pegawai JK Daerah Hulu Langat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), majlis agama dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Kesemua mereka ditahan dan warga asing diserahkan kepada jabatan imigresen untuk tindakan lanjut manakala warga tempatan ditempatkan di bawah pelindungan JKM.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pengemis-kecil-meratap-hiba-minta-dibebaskan-1.406467
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau rohingla boleh buat, knapa warga tempatan tok leh buat |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.yg mengenisnya budak2 yg makan duit org tua xsedar diri.nak nak baby tu keje tido je..tah2 dh bg mkn ubat tido.kesian... |
|
|
|
|
|
|
|
org tempatan buat kne tangkap
pendatang haram buat dibiarkan...jilakeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Xperla gomen kan penyayang dgn pati2 ... Masuk msia jd pengemis... Sehari dua lengang la...nanti sambung balik mengemis... |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 jugak yang jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
harap JKM teruskan usaha untuk benteras kegiatan mereka ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 2-7-2015 01:43 PM
pendatang ja yg buat drama bodoh mcm ini... |
|
|
|
|
|
|
|
selayak nya lah dengan mereka.
sila bersihkan pengemis dan penjual jam choii hauk di area bukit bintang jua |
|
|
|
|
|
|
|
in my opinion....nobody wants to be a pengemis....
imagine kalau budak2 skolah...kite tanye "dek besar nnt nak jadi ape?"
and then die jawab "saye nak jadi pengemis"...
just that bezanye..die org x bertuah mcm we allz...yg ade family...baik2..dpt pegi skolah...dll..... |
|
|
|
|
|
|
|
betul chuolss,
depa pon pandai malu,
cuma tauke2 sindiket ni yg x bermoral.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku sian tgk budak2 yg x sekolah ni |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 lepas ni...masa depan die org lebih terjamin....
|
|
|
|
|
|
|
|
macam suppy and demand.
Walaupun takder produk, tapi belas kasihan rakyat tu ada..dan disalahguna.
Aku cukup tak setuju dengan pendapat ala-ala "bagi jelerrr....tippu pun takpe, janji kita ikhlas"
Kalau tertipu tu takper. Tapi kalau dah tahu, benda tu boleh ada unsur penipuan...
tak cerdik namanya.
ps: Menangis apasal? dah kau susah. Orang nak tolong la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x der org yg memberi takkan ada aktiviti spt ini... |
|
|
|
|
|
|
|
tak baik la awak...tak kisah la warga tempatan atau tidak..yg penting kanak2 itu diperdaya dan digunakan untuk meminta sedekah..mereka patut diselamatkan..umur mereka itu bukan umur cari pendapatan tp umur pergi sekola..kalau anak awak sangup tak awak tengok dia minta sedekah....dekat kulim kedah pun sama..ramai yg mintah sedekah..ada tu sorang makcik dukung anak umur 2 tahun mintak sedekah...kesian i tengok budak tu..mak dia bukanla jenis OKU..sihat ja nampak..yg kesian anak tu entah makan ke tak duduk kat situ berjam2 mintak sedekah..harap JKM Kulim pergi lawat dan buat apa yg patut...
|
|
|
|
|
|
|
|
actually tanggungjwb kite jgk..utk pastikan duit yg kite derma tu
disalurkan pd badan kebajikan yg betul....jgn bg sebarangan saje...
walaupun kesian....lebih baik kite buat aduan....lagi baik...tp nak calling2 sape yea?...
majlis perbandaran area tu ke?...polis ke?...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|