CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2019|Reply: 0

[Lain-Lain] Hukum Selfie Selepas Tarawih

[Copy link]
Post time 1-7-2015 06:01 PM | Show all posts |Read mode


Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut berkata, penerangan itu sudah jelas di dalam doa Iftitah yang dibaca setiap kali solat dan menyebut fokus ibadah adalah keutamaan dalam keikhlasan seseorang individu.”Khusyuk dalam solat dan fokus semasa bersembahyang penting dalam ibadah. Semasa beribadah ini kita perlu tinggalkan alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah kepada seluruh dunia.




“Apa tujuan kita ke masjid? apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar ‘selfie’? Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada,” katanya ketika dihubungi di sini.Nooh mengulas sikap sesetengah masyarakat yang gemar mengambil gambar di masjid selepas beribadah dan memuat naik di laman sosial seperti Facebook.Katanya, fokus semasa beribadah juga tidak tertakluk kepada ‘selfie’ malah isu sejadah.”Seperti di Johor sendiri, beberapa masjid tidak menggunakan sejadah bercorak berbunga kerama mahu jemaah memberikan fokus 100 peratus semasa beribadat,” ujarnya.

Tegasnya, perbuatan selfie selepas beribadah turut membatalkan khusyuk dan keikhlasan.
“Riak dan takabbur ini menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri hendak sembahyang ke hendak berselfie?
“Ibadah sama seperti bersedekah, konsepnya jika tangan kanan memberi, tangan kiri tidak sepatutnya tahu.



“Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial. Tidak ada gunanya kalau pergi beribadat di masjid dan pulang tanpa dapat pahala,” jelasnya.Sebelum ini, sebuah portal menyiarkan kenyataan Nooh yang menyifatkan perbuatan segelintir masyarakat yang sengaja menyebarkan berita palsu melalui pelbagai saluran media amat ditegah oleh agama dan boleh dianggap menempah tiket ke neraka.Tegas Nooh, tindakan itu boleh menimbulkan kekacauan kepada manusia dan menunjukkan ciri-ciri orang munafik.Terdahulu sebuah portal melaporkan Nooh memberi tiga garis panduan kepada selebriti tanah air yang telah berhijrah agar dapat menjaga kesucian Islam sesuai dengan penghijrahan yang dilakukan.Nooh berkata, tiga perkara itu ialah sentiasa menutup aurat, tidak berpakaian ketat dan tidak memakai pakaian jarang agar fesyen yang digayakan tidak memberi ghairah kepada orang ramai.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.039993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list