View: 24736|Reply: 1
|
Kenali Peringkat Dan Warna Baju Banduan Di Malaysia
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera.
Sewaktu melihat kata kunci carian maya di Nuffnang dan statistik blog ini, antaranya terdapat ‘keywords’ yang hampir sama. Ia adalah ‘Warna Baju Rasmi Banduan’ dan ‘Peringkat Baju Penghuni Penjara’. Kedua-duanya bermaksud, peringkat dan warna baju untuk banduan, Jabatan Penjara Malaysia.
| PERINGKAT DAN WARNA BAJU BANDUAN - KREDIT GAMBAR : SINARHARIAN.COM.MY |
Berikut aku kongsikan senarai ringkas untuk pengetahuan semua.
PUTIH
Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada penghuni yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.
MERAH
Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum ke Fasa yang seterusnya.
HIJAU
'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.
BIRU
Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.
HIJAU FLORESCENT
Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara. Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.
PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH
Tidak keterlaluan untuk aku dikatakan bahawa peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.
| Pintu masuk ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Penjara Kajang, Selangor. |
Pasti ada diantara anda yang terlibat dalam bidang koreksional kepenjaraan, pernah mendengar dari penghuni atau bekas penghuni penjara yang lebih kurang berbunyi… “Belum sampai biru dah bebas, tapi cerita mengalahkan orang hayat… agak-agaklah… syukur tak jadi BA…“. Apa sebenar yang dimaksudkan itu?... fikir-fikirkanlah…
Pelbagai pengalaman aku temui sepanjang terlibat sebagai sukarelawan koreksional, Jabatan Penjara Malaysia. Kisah penghuni dan bekas penghuni penjara… ada yang dihukum kurang dari setahun tetapi bercerita mengalahkan penghuni hukuman hayat. Ada yang menjalani hukuman yang agak lama tetapi terpaksa menerima dengan tenang dan tabah… Namun apa yang cukup terkesan ialah bila melihat semangat kebanyakan yang dibebaskan dalam usaha mereka meneruskan haluan kehidupan ke arah yang bermanfaat dan diberkati… Semoga Allah sentiasa memudahkan hasrat murni mereka… aamiin.
Semuanya menjadi pengajaran yang patut dijadikan iktibar dan peringatan untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat… in shaa Allah.
http://www.khirkhalid.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
oooo ada dress-codes ye... sama dengan colour-codes jarum hospital la ye.. semua taknak yg putih tu
I selalu dok ingat depa ni pakai baju belang hitam putih semuanya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|