View: 1874|Reply: 1
|
[Lain-Lain]
Pertama berbuka puasa sebagai suami isteri- Fahrin Ahmad
[Copy link]
|
|
Pertama berbuka puasa sebagai suami isteri- Fahrin Ahmad
“Kali pertama berbuka puasa sebagai suami isteri terasa bila kita tahu suami isteri itu sepatutnya bersama tetapi terpaksa berjauhan. Bila ada peluang bersama kami akan gunakannya sebaik yang boleh,” kata Fahrin.
Elena pula berkata, “Sangat teruja kerana pertama kali bersama suami dan selama 8 tahun saya berpuasa secara melancong dan berada di atas pesawat dan di bumi Dubai. Selalunya tak pernah bercuti masa puasa hanya cuti ketika raya. Cuti kali ini memang saya mohon dan Alhamdulillah lulus,” katanya yang penuh teruja.
Manakala persiapan raya pula diuruskan oleh Fahrin kerana bimbang isterinya itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasan untuk bercuti. Pasangan ini dijangka beraya di Sri Damansara iaitu kediaman isterinya Elena Hani sebelum petangnya itu berangkat pula ke Johor Bahru bagi merayakan suasana hari raya di rumah Fahrin pula.
“Saya tak tahu off-day dia bila. Jadi saya kena tanya persiapan raya seperti kuih, baju dan masa-masa beginilah apabila dia pulang saya akan berbincang dengannya. Saya tak nak ambil risiko kerana dia balik ke Malaysia sehari sebelum raya. Pada tahun ini pagi raya itu saya akan beraya di rumah Elena dahulu dan pada petangnya kami akan bertolak ke Johor,” tambahnya. (rtky/h)
|
|
|
|
|
|
|
|
wifey dia cun gak la.. matured |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|