CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4313|Reply: 16

Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans

[Copy link]
Post time 23-6-2015 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.





Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".




Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah "Levi` s 501 ".

Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.
penpatahblogsport
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 12:21 PM | Show all posts
kalo saya masuk duit syiling
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 12:41 PM | Show all posts
buleh kutip emas gini
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:21 PM | Show all posts
skarang si pemakai letak duit syiling
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 08:52 AM | Show all posts
biasa letak duit syiling
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:02 AM | Show all posts
sejak zaman uni, i suka letak not rm10, 20 @ 50...kekonon buat back up kalu ditakdirkan beg duit hilang ke apa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2015 11:04 PM | Show all posts
Biasanya ai buat isi duit syiling...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku letak duit syiling je. Mana datangnya nak letak emas pulak kat poket kecik tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 08:03 AM | Show all posts
good info! saya letak syiling je
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah baru ku tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 12:09 PM | Show all posts
biasa lak coins jela
my hubby lak ltk personal thing dia dlm tu
even baju melayu dia pun dia buat poket kecik ut simpan brg dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 06:37 PM | Show all posts
My husband letak coins
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:14 PM | Show all posts
so apa fungsi sebenar poket tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:06 AM | Show all posts
terpulang kepada individu tu sendiri, kebanyakkannya letak syiling
tapi kalau sempit sgt kocek tu, agak susah juga nak kuarkan duit syiling
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 04:34 PM | Show all posts
Selalu aku pun bubuh duit kertas. Nanti time takde duit, tetibe seluk poket rasa ajaib ada duit... Acah2 duit turun dari langit tetibe.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 06:02 PM | Show all posts
tak letak apa2.
kalau letak coin pun nanti susah nak ambik, terkorek2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2015 12:25 PM | Show all posts
ASTRO.
BRO
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.088678 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list