CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4855|Reply: 1

Menderma Bersama OPPO Malaysia Semudah Menekan Like Di Facebook

[Copy link]
Post time 23-6-2015 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by damienguan at 23-6-2015 11:42 AM



Bulan Ramadhan bulan barakah dan bulan rahmat. Bersempena itu, OPPO Malaysia turut sama ingin mengajak semua berbuat kebaikan di bulan ini di dalam kempen ‘Share your Love & Raikan Kasih Sayang‘.

Untuk kempen ini, OPPO Malaysia bekerjasama dengan Food Aid Foundation, sebuah badan bukan kerajaan yang beroperasi sebagai bank makanan. Objektif utama penubuhan Food Aid Foundation adalah untuk mengedarkan makanan asas kepada rumah kebajikan, pusat pemulihan dan keluarga miskin.

Terdapat beberapa bentuk bantuan dalam kempen ‘Share your Love & Raikan Kasih Sayang’. Untuk kempen dalam talian, setiap 1 FB Like pada post “Share Your Love” di Facebook OPPO Malaysia, OPPO malaysia akan mendermakan 10sen ke Rumah Safiyyah, yang akan digunakan untuk membeli barangan kegunaan seperti makanan, alatulis dan sebagainya. Kempen FB Like ini akan berjalan sehingga 28 Jun 2015. OPPO Malaysia akan mengumumkan jumlah kutipan pada 29 Jun 2015,

Dalam bentuk lain, OPPO sedang mencari sukarelawan untuk menyertai pasukan OPPO Malaysia melawat Rumah Safiyyah. Pada 4 Julai 2015, OPPO Malaysia akan mengedarkan barangan keperluan yang telah dibeli dan mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak Rumah Safiyyah. Antara aktiviti tersebut ialah membersihkan Rumah Safiyyah, bermain permainan dengan kanak-kanak serta aktiviti pembelajaran. Kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan ini, sila emelkan nama & nombor telefon ke [url=mailtoppo.csr@gmail.com]oppo.csr@gmail.com[/url] atau mendaftar di forum OPPO Malaysia di sini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 01:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071900 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list