CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 5580|Reply: 30

[Tempatan] Mukhriz: Rambut saya hilang kerana ayah saya!

[Copy link]
Post time 23-6-2015 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Mukhriz: Rambut saya hilang kerana ayah saya!
FATHIN ATHIRAH HASLI
22 Jun 2015



SHAH ALAM
- “Ayah (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam,” ujar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
       
        Menceritakan salah satu memori bersama bapanya, Mukhriz berkata, bapanya itu tidak akan terus marah atau memberi teguran keras kepada anak-anaknya, sebaliknya lebih suka diam dari bercakap seperti biasa.
       
        “Ha, when did you get back (bila kamu sampai), Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester. Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.
       
        “Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?” kata Mukhriz seperti yang dipetik menerusi Facebooknya sempena Sambutan Hari Bapa, semalam.
       
        Katanya, bapanya yang tidak begitu ‘berkenan’ dengan keadaan rambut Mukhriz yang pada waktu itu agak panjang dan kusut masai menyebabkan kurangnya komunikasi antara beliau dan ayahnya.
       
        “Cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.
       
        Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.
       
        “Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!” selorohnya.
       
        Menurutnta lagi, sebagai anak, beliau memahami tugas dan perhatian bapanya yang lebih tertumpu kepada rakyat dari keluarga.
       
        Oleh itu, tugas mendidik dan memberi perhatian kepada keluarga diambil alih oleh ibunya sepenuhnya.
       
        “Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.
       
        Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.
       
        “Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar.
       
        “Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu. Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!,” ujarnya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 09:08 AM | Show all posts
hehehehe
comel je  
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 09:10 AM | Show all posts
hebat.. sapa yang kawen dengan siti hasmah akan jadi perdana menteri.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mukris ni ok gak tp iols xberkenan sbb dia nak buat airport br kat Kulim tu, tau la u nak dpt sokongan pengundi tmpt u tp kan dah byk airport kat situ airport penang,alor star,langkawi..pastu dia ni pun mcm spesis najib gak la takut2 cube la daring sket mcm kakak dia marina tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:27 AM | Show all posts
aku suka cara Dr M sebagai bapa kebanyakan orang kedah tambah2 yang sebaya tun walaupon berlainan parti hormat Tun M
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:29 AM | Show all posts
mukhriz ni ngikut mak dia rambut segan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2015 10:32 AM | Show all posts
yun nam hair care pun tak dapek nak nolong dah

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:39 AM | Show all posts
pandai buat lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 10:54 AM | Show all posts
rambut saya hilang kerana ayah saya

duit saya banyak kerana ayah saya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 02:16 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 23-6-2015 09:14 AM
Mukris ni ok gak tp iols xberkenan sbb dia nak buat airport br kat Kulim tu, tau la u nak dpt sokong ...

Sebenarnya pembinaan airport di area Kedah Selatan ( kulim ) sememangnya telah lama di dalam perancangan iaitu sejak tahun 1990-an apabila pelan pembangunan Kulim Hi-Tech sedang dalam perancangan.  Disebabkan keperluan pada ketika itu tidak terlalu mendesak dan kos yang tinggi maka perancangan pembinaan airport di area Kedah Selatan tidak terlaksana.  

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:34 PM | Show all posts
lama tak pi kedah...

member wa gi langkawi jupe mukriz naik firefly jah..tahun lepas...MB kedah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:34 PM | Show all posts
brapa agak2 umur mukriz ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:36 PM | Show all posts
duit banyak...pegi buat treatment la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:41 PM | Show all posts
ifanonline replied at 23-6-2015 03:36 PM
duit banyak...pegi buat treatment la...

Ni botak yg tak boleh buat apa dah. Like my father, umur awal 30an dah start botak. Pastu try le mcm2 ubat rambut. Sekali tu spent RM2K buat bald treatment, takde nye berhasil. Tapi OK pe botak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 23-6-2015 03:36 PM
duit banyak...pegi buat treatment la...

Tak payahlah dia buat treatment...satgi dikutuk mcm uncle samy pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:58 PM | Show all posts
berdosa cakap rambut hilang sbb bapa...mcm org cakap tangan hilang sbb bapa...atau bijik mata hilang sbb bapa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 03:59 PM | Show all posts
jeeja07 replied at 23-6-2015 03:41 PM
Ni botak yg tak boleh buat apa dah. Like my father, umur awal 30an dah start botak. Pastu try le m ...

awalnya 30an botak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:59 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 23-6-2015 03:44 PM
Tak payahlah dia buat treatment...satgi dikutuk mcm uncle samy pulak...

samy tu pakai rambut pelesu...cam rosmah

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 04:00 PM | Show all posts
jeeja07 replied at 23-6-2015 03:41 PM
Ni botak yg tak boleh buat apa dah. Like my father, umur awal 30an dah start botak. Pastu try le m ...

baldness bleh di ubati...as i said, dier bleh je pegi amerika utk berubat...

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 23-6-2015 03:59 PM
samy tu pakai rambut pelesu...cam rosmah

Dengar dia tanam rambut...bukan rambut pelesu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.142282 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list