|
Edited by cyberdad at 20-6-2015 09:34 AM
Ramai juga dikalangan selebriti atau artis di Malaysia yang rajin dan kuat berusaha mencari rezki, tidak bergantung 100% kepada profesi mereka dalam dunia hiburan. Selain aktif dibidang seni hiburan, artis dan selebriti selebri popular ini turut berkecimpung dalam dunia perniagaan. Antaranya ialah Dato Siti Nurhaliza, Mawi dan Ekin, Dora Danish dan ramai lagi. Serina Ridzwan atau Serina Chef Wan juga dikatakan aktif dan berjaya dalam perniagaan. Khabarnya beliau ikut melibatkan diri dalam dunia perniagaan networking secara part time dan berhasil menjana pendapatan yang cukup lumayan. Terkini Serina dimaklumkan ikut mnenyertai dalam perniagaan Unico2u yang baru berada di pasaran selain memiliki stokis ecosway sebelumnya yang jualannya mencapai angka juta..
Nampaknya golongan artis pun tahu bahawa 9 dari sepuluh sumber rezki itu ada dalam bidang perniagaan. Hanya satu bahagian dari sepuluh rezki itu datangnya dari sumber lain seperti makan gaji jumpamanya. Tidak kira apa pun perniagaan yang diceburi samada berkaitan dengan industri hiburan, industri pemakanan, pakaian dan fesyen mahu pun jualan langsung (networking), apa yang penting usaha yang dijalankan oleh mereka ini adalah halal selain ianya dilakukan dengan cara yang betul dan kena kaedahnya. Jadi masyarakat janganlah terlalu memandang serong bila melihat cara hidup sebahagian artis itu agak luar biasa dan kaya raya kerana salah anggapan hanya akan mengundang dosa semata mata.
Kepada para artis dan selebriti yang bijak dan aktif mencari peluang dan rezki halal khususnya dalam dunia perniagaan, tahniah dan semuga kalian berjaya dan kelak menjadi contoh atau role model terbaik buat yang lain.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|