Ahmad Husni Hanadzlah
Pembayaran peringkat ke-dua ter-sebut turut membabitkan 141,670 kes rayuan yang telah diluluskan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke dalam akaun pene-rima.
“Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank dan Public Bank berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semasa pembentangan Bajet 2015, kerajaan mengumumkan BR1M akan diagih melalui tiga pe-ringkat dengan pemberian peringkat pertama telah dilakukan pada 15 Januari lalu.
Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata, lebih 16,000 tuntutan Skim Khairat Kematian dengan bantuan berjumlah RM1,000 setiap seorang telah diluluskan bagi membantu waris kepada penerima BR1M yang meninggal dunia.
“Oleh itu waris penerima BR1M yang dinamakan dalam borang permohonan BR1M boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan kad pengenalan diri sendiri dan sijil kematian pe-nerima BR1M,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BR1M boleh menghubung talian bebas tol 1800-88-2716 atau menghantar e-mel kepada [email protected] untuk keterangan lanjut.