View: 4355|Reply: 35
|
[Tempatan]
Rokok Penyumbang Cukai Kedua Terbesar
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
[url=]
[/url]
LUMUT - Rokok merupakan penyumbang cukai kedua terbesar negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM3.62 bilion, kata Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Hassan Ibrahim.
Beliau berkata jika kegiatan penyeludupan rokok tidak dibanteras, negara akan kehilangan hasil cukai yang banyak.
Katanya melalui Ops Outlet dari 2010 hingga 2014 di seluruh negara, sebanyak 8,668 kes tangkapan dan rampasan rokok putih dan keretek dilakukan membabitkan cukai bernilai RM81.96 juta.
"Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 6,095 peniaga telah ditahan, 2,110 peniaga telah didakwa di mahkamah manakala sebanyak 5,774 masih dalam proses tindakan pendakwaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Pacak Rokok dan Arak Seludup 2015 peringkat negeri di sini hari ini. Ops Pacak merupakan kesinambungan Ops Outlet.
"Ops Pacak ini untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok seludup.
"Malah Ops Pacak versi baharu ini turut memberi tumpuan kepada barangan kritikal lain yang sering diseludup khususnya minuman keras," katanya.
Hassan berkata beberapa strategi baharu digunakan dalam operasi itu antaranya melakukan operasi secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain selain risikan yang dijalankan oleh pihak kastam. - Bernama
[url=]
[/url] http://www.sinarharian.com.my/semasa/rokok-penyumbang-cukai-kedua-terbesar-1.392856
|
|
|
|
|
|
|
|
yang pertama arak, ka judi?...
|
|
|
|
|
|
|
|
bangga sey |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.
Patutlah KR1M pun jual rokok |
|
|
|
|
|
|
|
kita antara penyumbang utama hokey
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dh lama dh kata perokok penyumbang kepada negara.sebab tu sampai skrg kerajaan x haramkan rokok
|
|
|
|
|
|
|
|
1 . arak la....2 . rokok
3 . judi
|
|
|
|
|
|
|
|
patut la penjualan rokok xpernah disekat,
setakat iklan je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kagum dengan smokers ni. depa berkorban untuk bakar paru2 dan mati cepat asalkan negara dapat hasil cukai yang banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Jadi apakah hasil cukai dari rokok ini haram? |
|
|
|
|
|
|
|
hanie_z replied at 22-5-2015 09:17 AM
patut la penjualan rokok xpernah disekat,
setakat iklan je la..
rokok haram disekat
rokok halal xdisekat pnyumbang kedua |
|
|
|
|
|
|
|
rokok xkne gst... knp xpuji kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
kena lar bertrima kasih kat puak2 perokok!penyumbang tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hisap jer rokok seludup..asyik nk cukai jer!dh cm sakai!
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 22-5-2015 08:30 AM
kita antara penyumbang utama hokey
Sis perokok ke? Perempuan tak baik merokok. |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai China Doll sumbang berapa pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
cukai china doll sumbang wa tak tau la pulak..
tapi...dosa kalu...bertan tan la china doll sumbangkan...
datang jauh jauh...buat maksiat
budus punyer cina dol.
|
|
|
|
|
|
|
|
kucing saya yang merokok
|
|
|
|
|
|
|
| |
|