CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 5840|Reply: 36

[Tempatan] Dengan RM15, Pengunjung Boleh Nikmati Pelbagai Jenis Mangga

[Copy link]
Post time 21-5-2015 08:00 AM | Show all posts |Read mode
                                May 20, 2015               
193
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (tengah) bersama Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Kedah Mohd Bukhari Abdul Rahman (dua,kiri) melihat sebahagian daripada 110 jenis buah mempelam pada Majlis Perasmian Program 'Jom Makan Mangga' di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan di Kota Sarang Semut hari ini. - Foto BERNAMA




















ALOR SETAR – Dengan hanya membayar RM15, seseorang boleh makan seberapa banyak mangga menerusi program ‘Jom Makan Mangga’ di Pusat Teknologi Mempelam Kanan Sala, Kota Sarang Semut, mulai hari ini sehingga Julai depan.

Di antara jenis yang boleh dinikmati pengunjung sepanjang program itu ialah Harum Manis, Laris, Masmuda, Simpang Empat, Nam Dok Mai dan Chok Anak yang ditanam di pusat tersebut, kata Mohd Rawi.

Anggota Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya Negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata program itu anjuran Jabatan Pertanian Kedah dan Tourism Malaysia Kedah.

“Selain menikmati mangga, orang ramai juga dapat mempelajari cara penanaman mangga selain boleh membeli benih, buah dan mencuba sendiri 110 jenis mangga dari seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan program tersebut hari ini.

Program yang julung kali diadakan itu bakal dijadikan salah satu pakej pelancongan di Kedah di mana pelancong boleh datang melihat Muzium Mangga terbesar di dunia, katanya.

“Ia merupakan muzium mangga terbesar dan ia dijangka dapat menarik pelancong ke Kedah. Tourism Malaysia Kedah juga sedang merangka untuk memasukkan program ini dalam kalender Tahun Melawat Kedah 2016,” katanya. – BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 08:17 AM | Show all posts
buatla kat kl sekali
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh... Mcm best sekali kat kedah....cehhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:19 AM | Show all posts
Bestnyaa......cuti skolah ni boleh pegi
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:24 AM | Show all posts
jauh......
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:29 AM | Show all posts
nak sgt try harum manissssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2015 08:31 AM | Show all posts
ala....jauhnya nak pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:39 AM | Show all posts
kat opis iols skunk nie ada karnival jualan harum manis sampai ri jumaat..   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 08:39 AM | Show all posts
chinta89 replied at 21-5-2015 08:29 AM
nak sgt try harum manissssss

meh lee datang kat opis iols....... ada jual karnival harum manis bermula semalam hingga esok
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:42 AM | Show all posts
jauh nya




.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:42 AM | Show all posts
ieja_p2_bumbum replied at 21-5-2015 08:39 AM
meh lee datang kat opis iols....... ada jual karnival harum manis bermula semalam hingga esok :lov ...

harummanis mmg sedap eh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:46 AM | Show all posts

rasa dia sedap sket dari mangga bese.... extra manis...yang wat dia famous sket sbb bau dia... harummmm jerk
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:55 AM | Show all posts
jauh......
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 09:11 AM | Show all posts
tajuk kena habaq kat ne....jauh sangat tue....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena sediakan mangga bnyk2, klu g rs 2 3 slice je x cukup. Mana taw g masa waktu puncak ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 09:26 PM | Show all posts
muzium mangga,muzium padi,,,

so next......muzium ??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 09:27 PM | Show all posts
kalau rm15 makan mangga je xbaloi,bnyk mana sgt nak leh makan,


eloknya kalau ada pulut sekali, best, baru berbaloi........
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmmmmdapp nya harum manis
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ieja_p2_bumbum replied at 21-5-2015 08:39 AM
kat opis iols skunk nie ada karnival jualan harum manis sampai ri jumaat..

Opis kat kl ke bumbum
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 09:41 PM | Show all posts
ai suka mangga muda... buat sambal, sedap hingga menjilat mangkuk

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.110977 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list