CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13603|Reply: 67

[Politik] Bunuh & Campak Tunang Dari Jambatan:Si GUNDU Keparat Akhirnya Di Dakwa

[Copy link]
Post time 19-5-2015 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 19-5-2015 05:32 AM



SEPANG - Amal Adil Alias, 26, didakwa atas dakwaan membunuh tunangnya di Mahkamah Seksyen, semalam.

Amal yang didakwa membunuh tunangnya pada 6 Mei lalu, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Amal yang diwakili oleh peguamnya, Azizzul Shariman Mat Yusoff, manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya B Uma Devi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rosshida Abdullah, 30, pada 6 Mei yang lalu di antara jam 5 pagi hingga 1 petang di bawah Jamabatan Cyberjaya menuju ke Sepang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan berkenaan dibuat di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

thehypmedia.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2015 01:08 PM | Show all posts
Selayaknyalah dek biar di hokum bunuh kalau bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang sediakan karangan 360 patah perkataan dan tinggalkan kat mangsa. Konon konon mangsa bunuh diri sebab utang along tu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 01:19 PM | Show all posts
okeh..aku prasan ada dua benang. +1 kacang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 01:21 PM | Show all posts
jengkoil replied at 19-5-2015 05:19 AM
Ni yang sediakan karangan 360 patah perkataan dan tinggalkan kat mangsa. Konon konon mangsa bunuh di ...

yes inilah mamat tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 01:25 PM | Show all posts
Lelaki didakwa bunuh tunang di jambatan Cyberjaya



SEPANG – Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membunuh tunangnya awal bulan lepas sebelum mayat ditemui orang ramai di dalam belukar di bawah jambatan berhampiran Cyberjaya.
AMAL Adil Alias, 26 di bawa keluar selepas didakwa membunuh tunangnya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Amal Adil Alias, 26, yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas Rosshida Abdullah, 30, di bawah jambatan Cyberjaya menuju ke Garden Residence, KM 37.2 Lebuhraya LDP Cyberjaya-Puchong, di sini, antara pukul 5 pagi hingga 1 tengah hari, pada 6 Mei lepas.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Amal Adil mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya B. Uma Devi manakala tertuduh diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff. – Bernama


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2015 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 19-5-2015 01:21 PM
yes inilah mamat tuh

Lehnat sgt jejaka ni..sian ibu mangsa dari kg repek. .naik keta sewa (teksi)..tggu anak dgn penuh pengharapan..anak yg di tunggu tak kunjung tiba..

mereput la dipenjara ko dekk. .. bagi nasi separuh je kat beliyau. .
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 01:28 PM | Show all posts
akhirnya..dapat jugak dtangkap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2015 01:31 PM | Show all posts
jengkoil replied at 19-5-2015 05:27 AM
Lehnat sgt jejaka ni..sian ibu mangsa dari kg repek. .naik keta sewa (teksi)..tggu anak dgn penuh  ...

muka selamba je kan macam takde rasa apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 01:40 PM | Show all posts
RECAP KES:







Mayat Wanita Di Cyberjaya: Mangsa Dibawa Sejauh 500 KM
Tarikh : Sunday, May 10 @ 19:18:52 MYT
Topik : Jenayah





SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya,  Sepang Rabu lalu, pihak polis percaya bahawa mangsa telah dibunuh  di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa Rosshida Abdullah, 30,  dipercayai telah dicekik sehingga mati di Penarik, Terengganu, sebelum  suspek mengambil keputusan untuk membuang mayatnya di bawah jambatan  susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.


[
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar,  Rosshida telah dicekik selepas dia dan tunangnya bertengkar mengenai isu  orang ketiga dalam hubungan mereka.
“Suspek dan mangsa sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kelantan,  dari Kuala Lumpur sebelum tiba di satu lokasi di Penarik. Mereka  dipercayai bergaduh sebelum suspek menuduh mangsa keluar dengan lelaki  lain.
“Berkemungkinan akibat tidak tahan dengan penjelasan mangsa, suspek  mencekik mangsa sehingga mati dalam keretanya sebelum berpatah balik  dari Penarik ke Kuala Lumpur dan mengambil keputusan membuang mayat  Rosshida di Cyberjaya,” ujar Abdul Rahim dalam satu sidang media.
Sementara itu, Abdul Rahim turut berkata, wajah mangsa telah ditutup  dengan selimut sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur bagi  mengelakkannya diketahui orang lain.

Pada awalnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut  berikutan sehelai nota bunuh diri ditemui di dalam tas tangan milik  mangsa di tempat kejadian.
Namun, bukti selepas itu yang menunjukkan mangsa dibunuh menyebabkan  ia dipinda kepada kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun  Keseksaan.
Suspek yang berusia 26 tahun telah ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa.
Antara bukti yang menjurus kepada penahanan suspek adalah mesej  mencurigakan dalam telefon bimbit selain kandungan nota bunuh diri yang  turut ditemui dalam komputer riba miliknya.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU

......
SUMBER LAIN

Sungai Buloh : Hasil siasatan telah menjurus kepada penemuan baru  yang menunjukkan wanita yang ditemui mati di Cyberjaya mungkin telah  dibunuh di Terengganu.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata,  mangsa Rosshida Abdullah, 30, telah dijerut sehingga mati di Penarik  sebelum mayatnya ditinggalkan di Cyberjaya.
Tambah beliau lagi, mangsa yang bekerja sebagai pelayan itu dipercayai telah dibunuh oleh tunang beliau sendiri.
“Pihak polis percaya mereka berdua dalam perjalanan pulang ke  Kelantan apabila timbul pertengkaran diantara mereka di Penarik, Setiu.  Saspek mungkin mencemburui tindakan Rosshida yang keluar bersama lelaki  lain,” jelas Abdul Rahim.
Rosshida, 30, ditemui mati di bawah jambatan di Cyberjaya lebih  kurang jam 5 petang Rabu lalu. Siasatan awal mengatakan beliau membunuh  diri setelah sekeping nota dijumpai bersama mangsa.
Nota yang dicetak itu dibuat bagi menunjukkan mangsa kononnya berada  dalam kesempitan wang dan berasa malu untuk memberitahu tunangnya.
Walaubagaimanapun, Tim. Ketua Polis, Abdul Rahim berkata, nota  berkenaan dipercayai telah ditulis sendiri oleh tunangnya bagi mengaburi  mata pihak berkuasa supaya berpendapat tindakan Rosshida sebagai  membunuh diri.
“Mangsa diselimuti, ia kelihatan seperti dia sedang tidur di jalan ke Cyberjaya,” ujarnya lagi.
Saspek seorang ahli perniagaan IT berumur 26 tahun telah ditahan pada  malam Khamis lalu dikatakan mempunyai hubungan kepada kes bunuh  tersebut.
Rosshida, yang bekerja di Shah Alam sepatutnya mengambil penerbangan  ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dari Kuala  Lumpur pada Isnin untuk menziarahi ibu beliau Salemah Hamid, namun  beliau gagal berbuat demikian.
Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Saspek direman sehingga 14 Mei untuk membantu siasatan.

Sumber:www.tranungkite.net/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 01:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mak.aih
mmg gundu ruku btoi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 01:44 PM | Show all posts
bencinya tengok muka kau ni lahanat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 01:45 PM | Show all posts
shernazz replied at 19-5-2015 05:41 AM
mak.aih
mmg gundu ruku btoi

haahahahha RUKU tu apaaaaa???
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal Gundu..? Gundi la kalau bahasa Tamil.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 01:52 PM | Show all posts
mereputla ko dalam penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2015 01:55 PM | Show all posts
ada orang ketiga??gemuk buruk macam ni pun pandai nak curang2?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 01:56 PM | Show all posts
muka tak der riak bersalah... ceria yg amat... apakah mamat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa buruk perangai pun buruk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 19-5-2015 01:45 PM
haahahahha RUKU tu apaaaaa???

gundu ruku...
saja bagi sedap..
besar gila gitu
hahahahaha


dah habis uli kek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.129525 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list