CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de_ikea

[Edisi Bertaut Semula] Diana dan Zamarul Nikah 16 Mei

[Copy link]
Post time 12-5-2015 04:20 PM | Show all posts
alhamdulillah
semoga ambil pengajaran dari kegagalan yang lepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 04:39 PM | Show all posts
alhamdulilah...tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Diana ni cantik ... syukur alhamdulillah ada jodoh yg kuat. Sama2 muhasabah diri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..semoga bahagia hingga syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah..seronok dgr berita nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 10:04 PM | Show all posts
diana mesti ler nak balik. kan zamarul tokey sekarang ni. tokey choc. banyak wang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2015 10:17 PM | Show all posts
alhamdulillah semoga berkekalan kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ktanya diana mnyesal sbb dia yg minta cerai. Sbb dia kta dia ego n rsa boleh hidup tnpa suami. Lgpun msa tu dia bjya dlm bisnes dia. Tp lpas bercerai bru dia rsa kosong. Dia sndri yg cari zamarul.
Ada hikmahnya. Kdg2 kita rsa kita x perlukn seseorg. Tp bila kehilangan bru kita nk mghrgai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sgbuloh replied at 12-5-2015 10:04 PM
diana mesti ler nak balik. kan zamarul tokey sekarang ni. tokey choc. banyak wang.

Lama dah zamarul jd tokey coklat tu. Iols tertanya jugak ada lg ke coklat tu skrg?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2015 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
hanasensei replied at 12-5-2015 10:45 PM
Ktanya diana mnyesal sbb dia yg minta cerai. Sbb dia kta dia ego n rsa boleh hidup tnpa suami. Lgpun ...

Betul. Terasa serba tak kena katanya. Semoga kasih sayang lebih kuat dan diberkati selepas ini.

I'm glad banyak doa dr forummers to both of them.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 11:02 AM | Show all posts
apple4533673 replied at 12-5-2015 03:08 PM
story sikit..
meolls nob..xpernah tahu

Penyanyi Hattan Mendedahkan Kisah Sebenar Kenapa Dia Menikahi Semula Bekas Isterinya, Arianie – TIDAK ramai yang tahu akan cerita ini. Peristiwa yang berlaku dalam hidupnya pada satu malam, kira-kira tujuh tahun lalu menjadikan penyanyi Memburu Rindu terus-terusan dilanda kasmaran kepada wanita bernama Arianie Mohd. Abidin.

“Selepas dua atau tiga tahun bercerai, aku didatangi mimpi. Mimpi yang indah sekali dan berlaku pada satu malam Jumaat. Aku bermimpi dengan disaksikan oleh arwah ayah aku sendiri. Dalam mimpi itu, aku dan Arianie kembali bernikah. Kami kembali menjadi suami isteri dalam mimpi yang sangat mendamaikan jiwa itu,” beritahu Hattan kepada Mega dalam perbualan eksklusif kami, selepas empat hari kembali bergelar suami.

Lalu, mimpi itulah yang memberi kekuatan kepada lelaki yang dilahirkan dengan nama Mohd. Shukri Sahabuddin ini. Mimpi itu kejap dan berbekas di jiwa, menaburkan bunga-bunga semangat untuk kembali memburu cinta wanita itu.

Meskipun mereka telah dipisahkan oleh satu talak pada 2005 (Hattan mengaku lafaz cerai dibuat kerana sifat ‘baran’ sendiri), Arianie masih ada untuknya. Arinie lah isteri yang akan menjaga makan minum pada hari tuanya dan Arianie juga adalah tulang rusuk yang akan kembali kepada dirinya sebagai tuan pemilik.

“Aku pegang pada mimpi itu sebagai petunjuk Allah. Sebab itu, selepas tiga tahun kami bercerai, aku lebih banyak bertaubat, tinggalkan dunia-dunia kelab malam, kehidupan buruk. Satu persatu aku tinggalkan sebab aku tahu, hal-hal itu antara perkara yang buat Arianie tidak suka,” katanya.

Kepada penulis sendiri, Hattan pernah katakan bahawa walau dengan apa cara sekalipun, dia yakin wanita itu akan kembali menjadi miliknya, dengan izin Yang Maha Esa.

“Aku dapat rasa, tidak akan ada perempuan lain yang boleh jaga aku, sama macam Arianie jaga aku. Hanya dia yang faham tentang aku,” itu yang diucapkan kira-kira empat atau lima tahun lalu. Ketika itu dia telah kehilangan Arianie hampir lima tahun dan selepas perceraian, Hattan mengakui sukar untuk dia meneruskan hidup tanpa wanita itu di sisi.

“Aku memang hendak kahwin dengan dia balik, aku tak boleh kahwin dengan orang lain. Bila aku hilang dia, baru aku tahu dia sangat bernilai pada hidup aku,” katanya lagi dalam perjalanan pulang kami selepas terlibat dalam penganjuran Konsert Pancaindera di Johor Bharu ketika itu.

Sebenarnya hasrat Hattan untuk kembali memiliki Arianie tidak pernah padam. Hari pertama dia melafazkan cerai, detik itu juga dia berpaling daripada rasa amarah dan mahu kembali bersatu dengan Arianie.

Hattan Dan Arianie Sah Bergelar Suami Isteri Kembali7

Lalu, ketika buat kali keduanya menzahirkan lafaz kembali bernikah dengan wanita yang sama, ada air mata yang deras mengalir di pipi lelaki ini.

Semuanya kerana terkenangkan kembali kepada mimpi yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk mendapatkan semula Arianienya yang telah pergi.

“Ketika mahu berjabat tangan dengan tok kadi, aku teringat kepada mimpi malam Jumaat itu, itulah keajaiban, benda tu yang buat aku menangis. Tak tahu nak cakap apa lagi. Ya Allah, ini dia, inilah dia. Aku tak boleh hendak terang kepada semua orang kenapa aku menangis. Aku menjadi sangat insaf. Tuhan itu satu, Dia Maha Agung dan aku sebak sendirian.

“Melalui mimpi itu, aku tahu, aku sangat sayang dan kasih kepada dia. Tiada tempat untuk orang lain di hati ini, selain dia sebenarnya,” katanya yang dalam perbualan kami, turut beberapa kali menjadi sebak tidak keruan.

Hattan dan Arianie kembali bergelar suami isteri pada 15 Ramadan 1434 dengan mas kahwin RM300 tanpa sebarang hantaran lain, di Putrajaya, Rabu lalu.

Hattan Dan Arianie Sah Bergelar Suami Isteri Kembali3

Bukan tidak ada perempuan lain yang singgah di hatinya sebelum ini. Ada. Malah, Hattan pernah bernikah seketika dengan seorang wanita lain tidak lama dahulu tetapi bercerai hanya selepas dua bulan menjadi suami isteri.

Untuk Arianie pula, pernah bertunang, tetapi terputus di tengah jalan, maka hari ini dia kembali kepada Hattan, lelaki yang telah memberikannya seorang zuriat sebelum ini.

“Masa Arianie bertunang, aku cakap sendiri kepada dia, “Kau takkan bernikah dengan dia, kau akan bernikah dengan aku balik.” Arianie marah kepada aku ketika itu, tetapi itu adalah keyakinan aku. Aku pun tidak boleh jadi suami kepada perempuan lain sebab dalam otak aku, tak pernah padam nama Arianie. Asyik teringat kepada Arianie, macam mana aku nak bahagia dengan perempuan lain?” demikian ceritanya dengan nada paling berterus terang.

Hikmah tangguh tunai haji

Hari pertama setelah kembali bergelar isteri, melihat Arianie masuk ke rumah kelamin mereka di Putrajaya, hati lelakinya begitu terkesan.

“Dio masuk rumah den, dio susun balik baju-baju den, hati den pun cair,” ketawanya dalam bahasa Negeri Sembilan yang lepas bebas.

Perbualan kami berlangsung selepas empat hari Hattan kembali bergelar suami Arianie. Apa yang mahu dikongsi?

“Aku boleh cakap, hidup aku lebih bermakna. Kami jadi macam dulu-dulu semula, macam baru kahwin. Tetapi kali ini lebih romantik dan cinta kami lagi matang. Semalam kami pergi pasar malam Putrajaya, beli samping aku. Boleh pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang lagi,” katanya.

Hattan juga mengaku, dia pernah membuat keputusan untuk membatalkan hasrat menunaikan ibadah haji pada 2012 meskipun sudah membuat banyak persiapan untuk itu.

“Pada tahun 2012, memang sudah daftar, tetapi tiba-tiba aku tidak jadi pergi. Hati aku kuat mengatakan, aku nak tunggu Arianie untuk pergi buat ibadah Haji bersama-sama sebagai suami isteri.

“Insya Allah, kalau semuanya berjalan lancar, aku akan bawa Arianie dan ibu mertua sekali mengerjakan ibadah haji bila rezeki kami sampai nanti,” kata bapa kepada Adam Eiman, 15.

Majlis pernikahan ringkas yang turut disertai dengan majlis berbuka puasa itu dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat serta petugas media

sumber : Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 03:56 PM | Show all posts
Alhamdulilah. Semoga pernikanan kali ni akan kekal hingga Jannah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 05:11 PM | Show all posts
Alhamdulillah.... tahniah buat zamarul dan diana
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 05:23 PM | Show all posts
JAY_NAYRA replied at 13-5-2015 11:02 AM
Penyanyi Hattan Mendedahkan Kisah Sebenar Kenapa Dia Menikahi Semula Bekas Isterinya, Arianie – T ...

terima kasih..
sebak nyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 05:12 PM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2015 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
JAY_NAYRA replied at 13-5-2015 11:02 AM
Penyanyi Hattan Mendedahkan Kisah Sebenar Kenapa Dia Menikahi Semula Bekas Isterinya, Arianie – T ...

Tak pernah baca cerita ni. So sweet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058225 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list