CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2307|Reply: 6

[Tempatan] Najib Tidak Wajar Berjawatan Dua - Pm Dan Menteri Kewangan

[Copy link]
Post time 11-5-2015 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ultramantujuh at 11-5-2015 11:03 AM



Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar berkata, amalan seorang individu memegang dua jawatan dalam masa yang sama bercanggah dengan prinsip ‘semak dan imbang’ dalam Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2015.


Jawatan perdana menteri dan menteri kewangan seharusnya tidak dipegang oleh seorang individu pada masa yang sama, menurut badan pemerhati anti rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M), yang memandang serius isu terbaru yang hangat diperkatakan, membabitkan Tabung Haji dan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Presidennya Datuk Akhbar Satar berkata, amalan sedemikian bercanggah dengan prinsip "semak dan imbang" dalam Kabinet.

"Dengan memastikan menteri kewangan dan perdana menteri adalah individu berbeza, rakyat sedikit sebanyak akan mendapat jaminan yang pandangan berbeza dan pemikiran yang berbeza boleh mempertimbangkan keputusan kewangan secara wajar dan objektif," kata Akhbar dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas berkenaan percanggahan kepentingan yang berlaku dalam urus niaga antara Tabung Haji dan 1MDB dalam proses pembelian tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) yang menyaksikan 3 anggota lembaga pengarah Tabung Haji turut memegang jawatan dalam 1MDB.

HELLO GENG , APA KATA KORANG PASAL NAJIB SEBAGAI PM TIDAK SEPATUTNYA BERJAWATAN SEBAGAI MENTERI KEWANGAN ? DIKATAKAN INI BERCANGGAH DENGAN PRINSIP 'CHECK AND BALANCE' ....




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama mcm tpm dgn menteri pelajaran. Last2 hancur lpas tu kluar statement bodoh. Pendidikan di malaysia setanding luar negara. Lpas tu terkejut pulak ranking pendidikan malaysia corot
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:30 AM | Show all posts
menteri umngok syok sendiri..

k bai
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:48 AM | Show all posts
Tahukah anda, dengan memegang 2 jawatan, maka beliau memperoleh elaun tanggung kerja.

Duit bro..... sapa yang tak meleleh air liur kalu pasal duit ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:50 AM | Show all posts
yg pasni najib mmg xnk turun
baik PM baik menteri kewangan
dgn kata2 hikmatnya "bagilah peluang"
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 04:42 PM | Show all posts
eleh... da 6 tahun najib perintah baru nak besuare... booooOOOoooo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2015 08:33 AM | Show all posts
bukan ke jadi PM otomatik jadi menteri kewangan???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034383 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list