CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24941|Reply: 195

[Politik] PRK Permatang Pauh: PKR menang besar, BN bungkus, peratusan mengundi rendah

[Copy link]
Post time 7-5-2015 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by perang_salib at 7-5-2015 08:43 PM


Nasib empat calon akan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh terjawab hari ini.

Mereka ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia atau PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

Kerusi itu kosong susulan kegagalan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan pengampunan diraja atas kesalahan meliwat.

Azizah dianggap calon pilihan di kerusi tradisi Anwar itu.

Bagaimanapun, jika lebih 6,000 pengundi luar tidak pulang mengundi, susulan hari bekerja di negeri latihan, majoriti PKR mungkin terjejas.

Dalam pilihan raya umum lalu Anwar menewaskan calonBN Mazlan Ismail dan Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

Permatang Pauh mempunyai 71,699 pemilih dengan 70 peratus Melayu, 23 peratus Cina dan 6 peratus India.

Berikut blog daripada Permatang Pauh yang dikemas kini daripada masa ke semasa:



1.40pn: Jumlah keluar mengundi setakat 1 petang sebanyak 35,752
atau 49.73 peratus.

1.09pm: Jumlah keluar mengundi setakat 12 tengah hari sebanyak 30,865 atau 43 peratus.

12.40pm: Kira-kira lapan buah trak polis berada di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat berikutan pergaduhan berlaku antara penyokong BN, PKR dan pihak polis.

Terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.

Pada ketika ini puluhan anggota polis antirusuhan kini berkawal di hadapan sekolah tersebut.

Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.

Turut kelihatan exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah dan dan Ibdilillah Ishak dalam kalangan penyokong BN.

Pada ketika ini juga berlaku perang mulut antara penyokong BN dan PKR. Penyokong PKR "boo" dan melaungkan "BN bodoh".

11.50am Pengarah Pilihan Raya DAP Steven Sim mendakwa terdapat kes pengundi hantu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jit Sin.

“Kami akan buat laporan pada jam 12 tengah hari,” kata anggota Parlimen Bukit Mertajam itu.

11.44pm Jumlah pengundi yang keluar mengundi setakat 11.00 pagi sebanyak 33.44 peratus atau 24,042
orang.

10.45am: Peratusan keluar mengundi 22.91 setakat jam 10 pagi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 02:05 PM | Show all posts
MENANGgung kekalahan???
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 02:06 PM | Show all posts
ada org takda kapala... hantu ka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 02:12 PM | Show all posts
wow.. ade pergaduhan.. gambar ade tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 02:13 PM | Show all posts
PKR la yang menang....tu kubu kuat bang mandela....
letak anak patung pun orang undi jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 02:14 PM | Show all posts
MENANGKOROKKAU...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2015 02:17 PM | Show all posts
kenapa la gaduh2 ni... kenapa la semua nak gaduh2 relax2 jukup la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2015 02:20 PM | Show all posts
PKR mungkin akan kalah
BN susah nak menang.
PRM sama geng PR
biar Bebas buat kejutan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 02:24 PM | Show all posts
aku heran bangsa cina malaysia...walaupun beranak tak ramai tapi jumlah mereka bertambah setiap tahun...dari mana mereka datang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 02:25 PM | Show all posts
ai tgk video pasai penyokong bergaduh siap tumbuk2. Sedihnyaa...

Ini kah cerminan dan bakal2 pemimpin yg akan mentadbir negara suatu hari nnt. Caci maki, jerit2, bertumbuk. malu la ai klu diorg ni jd duta2 ke luar negara klu dh jd pemimpin. PPRT sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 02:30 PM | Show all posts
bodo SPR buat pilihanraya hari kerja. cuti pjg hjg minggu tanak buat
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 03:14 PM | Show all posts
Napa yg begaduh tu aku rasa puak2 tu jahh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 03:31 PM | Show all posts
Edited by Body_language at 7-5-2015 03:32 PM
Simunggu replied at 7-5-2015 02:24 PM
aku heran bangsa cina malaysia...walaupun beranak tak ramai tapi jumlah mereka bertambah setiap tahu ...

Ko nak dari mana? dari Singapore boleh. dari Taiwan boleh. dari Hong Kong boleh. dari Indon pon boleh. Dari tanah besar lagi la boleh datang

walau beranak satu, tetap jua ada pertambahan. 100 pasangan dpt 1 anak dah tambah 100 org setahun
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 03:33 PM | Show all posts
any update from Ptg Pauh?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2015 03:36 PM | Show all posts
jeeja07 replied at 7-5-2015 03:33 PM
any update from Ptg Pauh?.

misteria sangat sis
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 03:56 PM | Show all posts
aku x balik mengundi pon
tapi tadi adik aku bagitao memang bergaduh
depa kumpul bwh jambatan depan sekolah rendah penanti
ntah la, payah kalau nak nasihat set2 ni
baik yg BN or PKR
banyak yg dok bising2 gaduh2 ni set2 lepak kedai kopi
ada yg x keja, bini tanggung.tu pon gigih nak cakap hal politi berentam-rentam
aku ckp ni based on fakta sbb aku org sana
pengalaman PRU lps
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2015 05:54 PM | Show all posts
semoga BN bungkus... harap sangat calon bebas boleh pecahkan undi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 06:03 PM | Show all posts


takkan calun bebas boleh menang.  issh..

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 06:06 PM | Show all posts
Undi di kira ditempat pengundian itu sendiri kan. Patut2 dah ada unofficial numbers.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 06:08 PM | Show all posts
6000 tak balik..hahahah calon PKR dah recycle la..letak mcm Teluk Intan tu..sanggup org luar pun datang undi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.551640 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list