CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3778|Reply: 12

[Tempatan] Pertabalan Sultan Perak: Dua banduan terlepas hukuman mati

[Copy link]
Post time 5-5-2015 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Pertabalan: Sultan Perak perkenan ringan, ampun hukuman banduan

Published: 5 May 2015 4:55 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertabalan-sultan-perak-perkenan-ringan-ampun-hukuman-banduan

Published: 5 May 2015 4:55 PM



Sultan Nazrin Shah (gambar, kiri) berkenan meringankan hukuman tiga banduan dan memberi pengampunan kepada seorang banduan sempena istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV esok.

        Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Darul Ridzuan Datuk Razali Othman berkata keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, hari ini.

        Beliau berkata Sultan Nazrin Shah meringankan hukuman dua banduan yang disabitkan hukuman mati kepada penjara seumur hidup berkuat kuasa hari ini.
                                                                                Baginda turut membebaskan lebih awal seorang banduan, yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, berkuat kuasa hari ini tanpa mengetepikan sabitan mahkamah ke atasnya, kata Razali dalam kenyataan di Kuala Kangsar.

        Selain itu, baginda mengampunkan seorang daripada 12 banduan yang mengemukakan rayuan se dikenakan hukuman penjara 10 bulan bermula dari tarikh 18 Mac 2015 (tarikh pembebasan mereka pada 2 Oktober 2015).

        Razali berkata kesemua 12 banduan itu disabitkan kesalahan melibatkan diri dengan perhimpunan haram mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan pada 2009 di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

        Daripada 12 rayuan itu, hanya seorang sahaja banduan yang mengemukakan sendiri rayuannya dan dia dibebaskan berkuat kuasa hari ini, manakala 11 lagi mengemukakan rayuan menerusi pihak ketiga.

“Baginda Sultan  menitahkan peringatan  sebarang rayuan daripada banduan mestilah dikemukakan oleh banduan itu sendiri menggunakan saluran yang ditetapkan dan bukannya dikemukakan oleh pihak ketiga menggunakan saluran lain,” katanya.

        Menurutnya Sultan Nazrin Shah juga menitahkan nasihat sesuatu hukuman yang dijatuhkan adalah bertujuan memberikan pengajaran kepada masyarakat supaya menghormati undang-undang negara.

        Pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman yang diputuskan oleh mahkamah akan dipertimbangkan apabila banduan, ketika mengemukakan rayuannya, menunjukkan sifat insaf, sedar akan kesalahan yang dilakukan dan mahu memohon maaf serta mengakui akan berkelakuan baik dan tidak akan mengulangi perkara yang sama, katanya. – Bernama, 5 Mei, 2015.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2015 05:56 PM | Show all posts
Dua banduan terlepas hukuman mati


5:22PM - 5 May 2015
http://www.malaysiakini.com/news/297319

Sultan Nazrin Shah berkenan meringankan hukuman tiga banduan dan memberi pengampunan kepada seorang banduan sempena istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV esok.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Darul Ridzuan Datuk Razali Othman berkata keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan baginda di Istana Iskandariah.

Beliau berkata Sultan Nazrin Shah meringankan hukuman dua banduan yang disabitkan hukuman mati kepada penjara seumur hidup berkuat kuasa hari ini.

Baginda turut membebaskan lebih awal seorang banduan, yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, berkuat kuasa hari ini tanpa mengetepikan sabitan mahkamah ke atasnya, kata Razali dalam kenyataannya.

Selain itu, baginda mengampunkan seorang daripada 12 banduan yang mengemukakan rayuan setelah dikenakan hukuman penjara 10 bulan bermula dari tarikh 18 Mac 2015 (tarikh pembebasan mereka pada 2 Okt 2015).

Razali berkata kesemua 12 banduan itu disabitkan kesalahan melibatkan diri dengan perhimpunan haram mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan pada 2009 di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Daripada 12 rayuan itu, hanya seorang sahaja banduan yang mengemukakan sendiri rayuannya dan dia dibebaskan berkuat kuasa hari ini, manakala 11 lagi mengemukakan rayuan menerusi pihak ketiga.

“Baginda Sultan telah menitahkan peringatan bahawa sebarang rayuan daripada banduan mestilah dikemukakan oleh banduan itu sendiri menggunakan saluran yang ditetapkan dan bukannya dikemukakan oleh pihak ketiga menggunakan saluran lain,” katanya.

Menurutnya Sultan Nazrin Shah juga menitahkan nasihat bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan adalah bertujuan memberikan pengajaran kepada masyarakat supaya menghormati undang-undang negara.

Pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman yang diputuskan oleh mahkamah akan dipertimbangkan apabila banduan, ketika mengemukakan rayuannya, menunjukkan sifat insaf, sedar akan kesalahan yang dilakukan dan mahu memohon maaf serta mengakui akan berkelakuan baik dan tidak akan mengulangi perkara yang sama, katanya.

- Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggal harapan j la
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 01:54 PM | Show all posts
bagusnya sultan nazrin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2015 09:01 PM | Show all posts
Tuanku Zara Salim bergelar Raja Permaisuri Perak

6 Mei 2015
http://www.sinarharian.com.my/ed ... suri-perak-1.387311



IPOH - Tuanku Zara Salim hari ini dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak.
   
Dilahirkan pada 22 Mac 1973, di Ipoh, Perak, Tuanku Zara merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan Datuk Salim Davidson dan Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin.
   
Tuanku Zara mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Ipoh dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Ipoh sebelum meneruskan pengajian peringkat A-Level di Prime College, Kuala Lumpur.
   
Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Nottingham, United Kingdom dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) dalam bidang Kejuruteraan Kimia.
   
Sekembalinya dari United Kingdom pada 1995, Tuanku Zara bertugas di Petronas selama enam tahun sebelum berkhidmat di Formis Malaysia Berhad, sebuah syarikat teknologi maklumat.   
   
Pada 2005, baginda menjawat jawatan Pengarah Urusan di Forthwave Consulting Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding hidrokarbon.     
Tuanku Zara merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti sukan dan sewaktu di bangku sekolah, pernah mewakili Perak dalam sukan renang.
   
Baginda telah diijabkabulkan dengan Sultan Nazrin Shah pada 17 Mei 2007 dan pada 18 Mei 2014, Tuanku Zara dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak.
   
Baginda dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang putera iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah dan seorang puteri, Raja Nazira Safya.
   
Sejenis orkid hibrid berwarna ungu telah dinamakan 'Dendrobium Tuanku Zara Salim' bersempena keberangkatan lawatan baginda ke Festival Orkid Antarabangsa ketujuh pada 9 Julai 2007.
   
Pada 1 Januari 2012, Tuanku Zara dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris dan baginda juga adalah Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni serta Pandu Puteri Negeri Perak. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik pegang bendera palestin yg halang kenderaan baginda tu kene tangkap sekali x dlm 12 org tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik tuanku Zara ni
tapi td time pertabalan, muka dia ngantuk je  siap pejam mata lama2
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sultan bella
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 09:24 AM | Show all posts
umur 42 tapi nampak muda lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 09:26 AM | Show all posts
sultan yg educated...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 09:32 AM | Show all posts
Mati hidup semula...........
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 09:38 AM | Show all posts
perghhh cantiknya resume Tuanku Zara ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 02:22 PM | Show all posts
ini lah yg dikatan takdir allah... alhamdulillah ...masih ada peluang untuknya untuk bertaubat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.061192 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list