CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3281|Reply: 0

Mitsubishi Malaysia dedah foto kabin Triton 2015

[Copy link]
Post time 30-4-2015 05:24 PM | Show all posts |Read mode


Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memuat naik foto penuh bagi kabin modelTriton 2015 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kelihatan pedal penukar gear, zon-berkembar penghawa dingin automatik dan skrin sesentuh bersaiz 6.1-inci bagi model spesifikasi tinggi.

Tempahan bagi Triton 2015 ini telah mula dibuka menerusi laman web MMM dengan harga pengenalan dijangka bermula RM71k hingga RM114k (harga atas jalan termasuk insurans dan GST).

Triton baharu ini adalah model Import Sepenuhnya (CBU) dari hab produksi serantau Mitsubishi Motors Company (MMC) di Thailand. Ia dijanakan oleh enjin 2.5 liter VGT dengan kuasa 178 PS dan tork 400 Nm antara 2,000 hingga 3,500 rpm.

Selain itu, bagi varian VGT Adventure pula bakal ditampilkan dengan transmisi automatik lima-kelajuan, lampu utama projektor HID dengan lampu nyalaan siang LED dan juga rim aloi bersaiz 17-inci.

Bagi varian VGT AT dan VGT MT (manual lima-kelajuan), ia didatangkan dengan kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin. Kedua-duanya juga dilengkapi dengan skrin sesentuh tetapi tanpa kamera undur. Ia juga memiliki rotary selector bagi sistem Easy Select 4WD (2H, 4H, 4L) yang menggantikan tuil pemilih, tetapi hanya untuk varian VGT Adventure dan VGT AT.

Ia juga ditawarkan dengan dua varian tanpa VGT iaitu Triton 4×4 MT dan Triton Quest 4×2 MT. Nama Quest dipilih bagi menggantikan model terdahulu, Lite.

Lima varian tersebut dijangka ditawarkan dengan harga (termasuk insurans dan GST) seperti berikut :

Triton VGT Adventure – RM 114,000
Triton VGT Automatic – RM 103,000
Triton VGT Manual – RM 97,000
Triton Manual – RM 87,000
Triton Quest – RM 71,000

kredit:www.infokereta.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.455031 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list