CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2504|Reply: 0

ATM kehilangan 5 pemain

[Copy link]
Post time 30-4-2015 04:39 PM | Show all posts |Read mode


Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang berakhir pada Selasa, menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) paling ramai kehilangan pemain yang memilih untuk mencari haluan baru di pertengahan musim.
Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha adalah pemain pertama meninggalkan skaud The Gladiators dengan menyertai Terengganu.

Ia disusuli penghijrahan Christie Jeyaseelan ke Felda United, Fadzli Saari ke Sime Darby FC, Amiridzwan Taj Tajuddin ke Kelantan dan pemain simpanan Muhd Afiq Amsyar selamat ke DRB Hicom.

Disebalik penghijrahan pemain-pemain tersebut, pengendali ATM, Shahrin Majid masih menaruh keyakinan barisan sedia ada mampu kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Shahrin juga enggan menyimpan pemain yang tidak lagi mahu mengerah kudrat bersama ATM.

ATM berdepan tugasan sukar Sabtu ini berdepan pendaulu Liga Super, Polis Diraja Malaysia  (PDRM) dan Shahrin, bersikap optimis untuk melakar kejutan.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.049705 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list