CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3936|Reply: 1

Jaring – Penyedia Internet Pertama Di Malaysia Akan Dibubarkan

[Copy link]
Post time 27-4-2015 07:41 AM | Show all posts |Read mode
Jaring – Penyedia Internet Pertama Di Malaysia Akan Dibubarkan – Aset Syarikat Akan Dijual


Jaring Communications Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang popular dikalangan pengguna internet tempatan, dimana ia telah bermula hampir 30 tahun yang lepas, dan menjadi salah satu syarikat penyedia internet paling awal di Malaysia. Namun, syarikat yang semakin lama semakin jarang kedengaran ini kini dilihat dalam proses pembubaran syarikat selepas menerima arahan mahkamah pada hari Khamis yang lepas.

Jaring sebelum ini telah dibangunkan pada tahun 1986 yang lepas dengan nama RangKoM. Selepas itu, ia telah dilancarkan kepada umum dengan nama JARING, dan diletakkan sebagai anak syarikat MIMOS pada tahun 2002.

Episod menyedihkan untuk Jaring ini dikatakan bermula pada awal tahun 2014 selepas ia dijual kepada satu pihak yang memfokuskan kepada keuntungan dan tidak menjaga kepentingan JARING.

Perkembangan lanjut mengenai syarikat ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Dari semakan kasar, beberapa universiti dikatakan sedang mencari pembekal perkhidmatan baru menggantikan Jaring.

Kita mungkin akan mendengar mengenai status syarikat ini dalam masa beberapa minggu lain.
SUMBER RUJUKAN: SYAFIQ
kredit:www.amanz.my



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 06:01 PM | Show all posts
pihak yang sama yang menguruskan dawama, utusan print corp, heveafil sebelum ni yang uruskan jaring...so paham2 lah apa yg berlaku. Kesian mereka2 yang tidak bersalah, saya selaku Xjaring dan mempunyai ramai kawan di jaring sangat2 kecewa dengan apa yang terjadi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060872 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list