Di acara BMW World Malaysia 2015, BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga terbaru pasca pengenalan struktur cukai GST yang terbaru.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris menyatakan yang mereka ingin memastikan semua pihak dan pengedar mendapat manfaat daripada pelaksanaan GST, jadi mereka lambat dalam pengumuman harga terbaru bagi produk mereka.
Di atas pelaksaan GST, BMW dapat mengurangkan harga kenderaan mereka sebanyak 1.9% ke atas semua model yang dijual di Malaysia. Ini termasuklah model terbaru yang dibawa oleh BMW Group Malaysia; BMW i8, BMW X6 xDrive35i M Sport dan BMW 218i Active Tourer. kredit:www.arenakereta.com
|