Biarpun akui kini berdepan tugasan sukar selaku pemangku jurulatih ATM, Shahrin Majid menyuarakan kesediaan menggalas tugas itu menjelang aksi Liga Super berdepan Sarawak di Kuching Sabtu ini. Shahrin kini mendapat kepercayaan pengurusan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT) sekalu pemangku jurulatih selepas persatuan itu merehatkan B. Sathianathan selaku jurulatih Selasa lalu.
Bekas pemain sayap kebangsaan ini tekad menggunakan tempoh empat musim berguru dengan Sathianathan selaku penolong jurulatih untuk membimbing skuad The Gladiators.
ATM kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super selepas tujuh perlawanan dan Shahrin akui, ia bukan tugas mudah untuk menjelmakan kebangkitan pasukan.
Namun, Shahrin berasa ia mampu dilakukan jika barisan pemain turut komited memainkan peranan di atas padang.
Selain tugas getir menanti Sharin majid membimbing ATM berdepan Sarawak Sabtu ini, turut berlangsung pertemuan Sime Darby dan PDRM, sementara Selangor menentang Lions XII, Johor DT lawan Kelantan dan Terengganu menerima kunjungan Felda United.
sumber:www.stadiumastro.com
|