CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2357|Reply: 0

Evolusi Peranti : Google Nexus

[Copy link]
Post time 16-4-2015 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 16-4-2015 10:37 AM

Peranti keluarga Nexus ialah peranti pilihan pengguna Android yang mementingkan kepantasan kemas kini serta sistem operasi yang bebas dari fungsi tambahan yang tidak diperlukan. Ia muncul di pasaran pada tahun 2010 dan sehingga kini enma telefon pintar peranti Nexus sudah dihasilkan. Kami hanya akan menumpukan perhatian kepada peranti Nexus di dalam kelas telefon pintar dan bukan tablet untuk Evolusi Peranti kali ini. Mari kita lihat perbezaan dari segi rekaan, fungsi, sistem operasi dan kemampuan peranti Nexus sejak 2010.
Nexus One
Google Nexus One
Skrin3.7″ AMOLED 480P
Pemproses1 GHz Snapdragon Scorpion
RAM512 MB
Muatan Dalaman512 MB (MikroSD sehingga 32 GB)
Kamera Utama5 MP
Kamera DepanTiada
Bateri1400 mAh
SIM/TelefoniMini SIM/3G

Nexus One mula dijual pada tahun 2010 dan peranti ini dihasilkan oleh HTC. Nexus one mempunyai beberapa ciri unik yang tidak kelihatan pada peranti lain di dalam keluarga Nexus.
Pertama sekali ia menyokong penambahan memori dalaman sehingga 32 Gigabyte. Peranti lain selepas Nexus One tidak akan mempunyai slot kad MikroSD. Selain daripada itu ia turut mempunyai track ball terbina pada bahagian bawah peranti. Ia boleh digunakan untuk mengawal cursorketika menaip dan mempunyai lampu terbina. Ia juga tidak mempunyai kamera hadapan,
Ketika dilancarkan Nexus One menggunakan sistem operasi Android Eclair. Sokongan rasmi daripada Google hanya sehingga Android Gingerbread. Menarik sekali apabila mula dijual Google disaman oleh keluarga penulis Philip K Dick. Menurut keluarga mendiang nama peranti Nexus menyerupai nama peranti Nexus 6 yang wujud di dalam karya tulisan penulis sains fiksyen ini. Google dan keluarga penulis kemudian menyelesaikan kes di luar mahkamah dan nama Nexus digunakan sehingga sekarang.
FUNGSI BARU :
  • Mempunyai track ball terbina.
  • Satu-satunya peranti Nexus dengan sokongan kad MikroSD



Google Nexus S
Google Nexus S
Skrin4″ AMOLED 480P
Pemproses1 GHz Exynos 3
RAM512 MB
Muatan Dalaman16 Gigabyte
Kamera Utama5 MP
Kamera DepanVGA
Bateri1500 mAh
SIM/TelefoniMini SIM/3G

Nexus One mula dijual pada Januari 2010 dan Nexus S pula mula dijual pada Disember 2010. Dalam masa 11 bulan dua buah peranti Nexus muncul di pasaran. Google Nexus S dihasilkan oleh Samsung dan mempunyai banyak persamaan dari segi spesifikasi dengan Samsung Galaxy S.
Pelbagai perkara dipertingkatkan seperti skrin lebih besar dan sokongan kamera hadapan. Nexus S juga merupakan peranti Android pertama yang mempunyai sokongan NFC yang kini sudah menjadi fungsi standard. Skrin peranti ini juga sedikit melengkung bagi memberi keselesaan apabila diletakkan pada muka pengguna.
Pada asalnya Nexus S menggunakan sistem operasiAndroid 2.3 Gingerbread. Sokongan rasmi oleh Google berterusan sehingga Android 4.1.2 Jelly Bean. Sunggguhpun begitu sokongan ROM oleh pihak ketiga membolehkan Nexus S menggunakan sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean.
FUNGSI BARU :
  • Peranti Android pertama dengan sokongan NFC.
  • Skrin peranti melengkung mengikut kontur muka.



Google Galaxy Nexus
Google Galaxy Nexus
Skrin4.65″ SAMOLED 720P
Pemproses1.2 GHZ Dua Teras TI OMAP
RAM1 Gigabyte
Muatan Dalaman16 Gigabyte
Kamera Utama5 MP
Kamera Depan1.3 MP
Bateri1750 mAh
SIM/TelefoniMini SIM/3G

Google Galaxy Nexus ialah peranti Nexus pertama yang kami gunakan. Skrin 4.65″ SAMOLED kini meningkat kepada resolusi 720P. Ia mula dijual pada November 2011, kurang setahun dari tarikh pengenalan Nexus S pada tahun sebelumnya.
Galaxy Nexus adalah peranti Android pertama yang tidak menggunakan butang navigasi kapasitif pada dagu peranti. Ketiga-tiga butang navigasihome, back dan multi tasking dipaparkan di atas skrin. Seperti Nexus S skrin Galaxy Nexus juga melengkung mengikut kontur muka pengguna.
Ia dilancarkan dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Sokongan rasmi oleh Google hanya diteruskan sehingga Android 4.3 Jelly Bean. Peranti ini juga boleh menggunakan sistem operasi Ubuntu Touch.
FUNGSI BARU :
  • Peranti Android pertama dengan butang navigasi paparan skrin.
  • Sokongan rakaman video 1080P
  • Penggunaan Google Wallet.



Google Nexus 4
Google Nexus 4
Skrin4.7″ Tru HD IPS PLUS 768P
Pemproses1.5 GHz 4 Teras Snapdragon 600
RAM2 Gigabyte
Muatan Dalaman8/16 Gigabyte
Kamera Utama8 MP
Kamera Depan1.3 MP
Bateri2100 mAh
SIM/TelefoniMikro SIM/HSPA+

Google membeli Motorola Mobilitypada Ogos 2011. Ini dilihat sebagai cara membeli paten yang dimiliki Motorola yang kemudiannya boleh digunakan sebagai taruhan menentang kes saman Apple yang difailkan sebelum ini.
Google Nexus 4 dihasilkan oleh LG dan ini sedikit mengejutkan kerana ramai merasakan ianya akan dihasilkan oleh Motorola. Ia mula dijual pada November 2012 dan memaparkan beberapa rekaan menarik. Ianya dilengkapi panel kaca pada bahagian belakang. Di samping itu ia juga peranti Nexus pertama dengan sokongan pengecasan tanpa wayar.
Nexus 4 dilancarkan dengan Android 4.2 Jelly Bean dan disokong secara rasmi oleh Google sehingga Android 5.1 Lollipop. Sokongan ini agak mengagumkan bagi sebuah peranti yang hampir berusia tiga tahun.
FUNGSI BARU :
  • Peranti Android pertama dengan binaan kaca pada panel belakang
  • Sokongan pengecasan tanpa wayar.
  • Fungsi kamera Photo Sphere.
  • Bateri tidak lagi boleh ditanggalkan.



Google Nexus 5
Google Nexus 5
Skrin4.95″ Tru HD IPS PLUS 1080P
Pemproses2.3 GHz 4 Teras Snapdragon 800
RAM2 Gigabyte
Muatan Dalaman16/32 Gigabyte
Kamera Utama8 MP
Kamera Depan1.3 MP
Bateri2300 mAh
SIM/TelefoniMikro SIM/LTE

Seperti dengan Samsung, Google menghasilkan dua peranti Nexus berturut-turut dengan LG. Google Nexus 5 mula dijual pada November 2013 dengan pembaharuan yang minima dari segi spesifikasi. Skrin kini pertama kali menyokong resolusi HD Penuh.
Perbezaan rekaan dilihat pada bahan binaan Nexus 5 yang kini diperbuat daripada bahanpolikarbonat. Kamera masih lagi dengan sensor sebesar 8 Megapixel tetapi kali ini dilengkapi sistem penstabilan imej optikal terbina.
Ia dilancarkan dengan Android 4.4 Kit Kat dan baru sahaja menerima sokongan Android 5.1 Lollipop.
FUNGSI BARU :
  • Peranti Nexus pertama dengan rekaan polikarbonat
  • Skrin HD Penuh.
  • Kamera dengan sokongan Optical Image Stabilisation (OIS)



Google Nexus 6
Google Nexus 6
Skrin5.95″ AMOLED QHD
Pemproses2.7 GHz 4 Teras Snapdragon 805
RAM3 Gigabyte
Muatan Dalaman32/64 Gigabyte
Kamera Utama13 MP
Kamera Depan2 MP
Bateri3220 mAh
SIM/TelefoniNano SIM/LTE


Google menjual Motorola Mobility kepada Lenovo pada Januari 2014. Selepas dijual barulah peranti Nexus pertama Motorola dihasilkan pada November 2014.
Beberapa kejutan dilakukan kali ini dan kejutan paling ketara ialah saiz peranti. Ianya kini sebuah phabletdengan skrin 5.95″ QHD. Ia juga turut mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Kemampuan kamera dipertingkat kepada 13 Megapixel dengan kemampuan merakan video pada resolusi 4K.
Ia menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dan kini  sudah dikemas kini kepada Android 5.1 Lollopop.
FUNGSI BARU :
  • Pembesar suara stereo pada bahagian hadapan.
  • Teknologi pengecasan bateri pantas
  • Phablet Nexus.
  • Rakaman video 4K.
  • Skrin QHD.



Kesimpulan
Pada awal kemunculannya kami rasakan peranti keluarga Nexus terpaksa bersaing dengan peranti Android lain yang mempunyai rekaan lebih cantik dan pelbagai fungsi tambahan. Tetapi sejak kebelakangan ini semakin ramai pengguna memilih untuk membeli peranti Nexus kerana ianya sudah hampir setanding dengan peranti utama keluaran pengeluar lain dan kepantasan kemas kini sistem operasi dilihat adalah lebih penting. Peranti Nexus juga semakin mudah dimiliki oleh peminat Android berbanding dua tahun yang lalu dan ini adalah perkembangan yang baik. Nantikan sahaja November ini untuk mengetahui inovasi seterusnya. Nama peranti juga pastinya menarik kerana Nexus 7 sudahpun wujud sebagai sebuah tablet.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044471 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list