View: 2284|Reply: 11
|
[Tempatan]
GST: Aduan kenaikan harga makanan paling banyak diterima
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata berdasarkan statistik (E-Aduan) 11 dan 12 April menunjukan ada penurunan aduan yang diterima pihaknya.
Jelasnya, perkiraan itu berdasarkan penurunan jumlah statistik pada tempoh dua hari tersebut.
"Pada 11 April pihak kami menerima 98 aduan, manakala pada 12 April pihak kami menerima 69 aduan.
"Jadi dapat dilihat adanya penurunan sebanyak 30 peratus aduan berbanding hari sebelumnya, iaitu secara kumulatifnya sebanyak 4,023," katanya ketika sidang media mengenai penerangan GST di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini.
Jelasnya, berdasarkan tempoh dua hari itu aduan berkaitan pembelian kad tambah nilai telefon bimbit yang dikenakan GST secara relatifnya telah menurun kepada 31 peratus (1,259) aduan.
Manakala aduan mengenai kenaikan harga barang menunjukkan peningkatan berbanding semalam (12 April ) 44 peratus (1,754) aduan.
"Antara barang yang popular diadu adalah kenaikan harga makanan dan minuman di restoran, iaitu sebanyak 19 peratus, susu tepung bayi sebanyak lima peratus dan lampin pakai buang bayi sebanyak tiga peratus.
"Manakala berkaitan resit tiada nombor ID GST tetapi mengenakan caj GST pula secara relatifnya meningkat kepada 13 peratus (520) aduan.
"Sementara aduan berkaitan caj perkhidmatan 10 peratus pula secara relatifnya meningkat kepada 336 aduan (lapan peratus) ," katanya.
Sementara mengulas mengenai aduan yang diterima pihaknya melalui media sosial dalam tempoh dua hari itu, Alias berkata, di Facebook terdapat peningkatan sementara di Twitter pula ada penurunan.
"Untuk aduan di Facebook pada 11 April adalah sebanyak 79 aduan manakala pada 12 April sebanyak 95 aduan.
"Sementara aduan melalui Twitter pula pada 11 April ialah sebanyak 67 aduan manakala pada 12 April sebanyak 64 aduan.
"Manakala aduan daripada media sosial secara kumulatifnya adalah sebanyak 5,372 aduan setelah 12 hari GST dilaksanakan," katanya.
Mengulas lagi, Alias berkata bagi tindakan lanjut setelah aduan ini diterima pihaknya akan menghantar pegawainya untuk memberi notis amaran kepada pihak yang terlibat.
"Kita akan hantar notis kepada mereka, dan memberi masa tiga hari untuk mengemukakan alasan, kalau gagal kertas siasatan akan dibuka," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
wa bukan apa
logikla
perut nak melantak
lubang belakang nak membuak
sbb tu la ummah marah
yg tak marah macai syumul ja
wa gelak guling2 je tengok diorang defend gst dulu
skang dok jadi macai idong mancung |
|
|
|
|
|
|
|
mujurla kedai2 yg ai biasa singgah harga tak naik |
|
|
|
|
|
|
|
nk buat aduan kt twitter kt mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku skrg beli apa yang perlu sahaja...dahulukan keperluan asas...
kebaikan nyer, kalau semua boleh buat mcm ni...kedai2 yag jual mahal nak mamposs tu boleh tutup kedai...kedai yg mana2 yg duk ambik pendatang sebagai pekerja, boleh hantar diaorg balik asap...kiatorg mesia tak nak belanja banyak2.... |
|
|
|
|
|
|
|
sama la sbb sblm ni aku beli apa2 tak pkir harga mahal ke apa ke... takde la nak banding2 harga ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
yup... yg penting guna kuasa pengguna
klau bab mkn luar pun....elak trus utk tak mkn kedai cekik darah....klau sodap takpe gak....
ni kedai tepi jln harga nak sama mcm restoren ade aircond
|
|
|
|
|
|
|
|
yer betul...aku dah terkena..restoran biasa charge harga lagi mahal daripada restoran mewah sket arr....dah la tu dalam sayur siap ada perasa tambahan lagi iaitu ulat sayur.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku skrg tak mkn luar kecuali jumaat sblm nak p masjid.... hr2 bwk bekal.... jimat.. dan ikut taste.... takde la makan ayam seketul kena rm4....
sbb klau beli ayam kat tesco bhgn peha je dlm 4ketul baru rm6... org berniaga mana beli ayam camtu.... klau jual sketul rm3 pun untung byk lg.... tolak kos lain.... mmg untung.... takkan nak berniaga kena maintain 100%..... pastu ummah melayu ni kutuk cina cekik darah.... korg mana p restoren cina... kdai makan cina.... kedai depa lg murah tawww.... so byk2 la bergaul ngan masyarakat
|
|
|
|
|
|
|
|
orang meniaga memang ramai yg jenis cekik darah....kat area aku ni berlambak spesies macam tu...tapi nak cakap apa kan...mahal2 pun kedai depa ni penuh sampai takde tempat duduk...pastu bising2 sebab mahal...dah mahal tak yah pi makan la macam aku, dah tak pi kedai makan penuh pekerja pendatang tu...bukan bersih sangat pun...rega mahal nak mampusss......
aku tunggu bulan posa ni....mesti penuh giler kedai tu orang2 berebut tapau beli juadah berbuka posa...
|
|
|
|
|
|
|
|
salah satu benda positif pasal GST ni , ialah Kesedaran rakyat tentang kuasa pengguna . |
|
|
|
|
|
|
| |
|