View: 1545|Reply: 0
|
Kelantan kecundang di Kota Bharu
[Copy link]
|
|
Pengendali Kelantan Azraai Khor terpaksa berputih mata apabila pasukan pelawat Pahang berjaya mencuri tiga mata di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu hari ini.
Walaupun Kelantan bermula baik di babak pertama dengan beberapa percubaan namun tiada sebarang penyudah dihasilkan.
Gandingan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Norfarhan dan import Emmanuel Kenmogne gagal menemui penyudah untuk menembusi gawang Khairul Azhan.
Sebaliknya, skuad Tok Gajah berjaya meledak gol pembukaan pada minit ke 41 menerusi tandukan Damion Stewart.
Kelonggaran dibahagian pertahanan jelas menjadi punca gawang The Red Warrior dibolosi tatkala tiada pemain pertahanan yang mengikut rapat Damion.
Bermula babak kedua, Kelantan mengekalkan rentak permainan mereka dan import Isaac Pupo bersama kapten Badri Radzi mengawal baik bahagian tengah.
Namun pada minit ke 56, TRW mengulangi kelonggaran yang sama sekaligus mengundang penyerang Pahang Dickson Nwakaeme meledak gol kedua.
Keputusan yang sudah pasti mengecewakan penyokong The Red Warrior disamping terpaksa menerima kubu mereka kini tidak lagi digeruni pasukan lawan.
Azraai Khor harus bingkas mencari resepi terbaik bagi memastikan kemenangan mampu direncanakan.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|