View: 12351|Reply: 64
|
[Politik]
Melayucantik, stok jantan-jantan bayar bil air?
[Copy link]
|
|
Edited by cef_gango at 9-4-2015 05:36 PM
Malaypretty, stok jantan-jantan bayar bil air?
Pada mulanya aku memang tak pernah dengar pula 'malaypretty' sebab aku tak ada instagram. Selalu pula dengar kawan-kawan sembang pasal kommuniti ini. Apa yang aku dengar kononya instagram malaypretty ini adalah himpunan gadis-gadis melayu yang konon 'hot' atau dikenali sebagai 'hot stuff'. Siapa saja yang terpilih oleh admin page itu pasti rasa berbangga dan terbayangkan...''aku bakap jadi model dan dikenali seluruh Malaysia mahupun dunia''. Tak gitu? Dalam tak sedar sebenarnya kommuniti malaypretty ini dah jadi bahan si mata keranjang yang melihat kesemua himpunan gambar awek-awek seksi dalam itu. Adakah berbaloi buka page macam ini?
Ini baru gambar-gambar, belum lagi buka satu-satu gambar dan baca komen-komen lucah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bangga ke kalau dpt masuk page mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cef_gango at 7-4-2015 03:27 PM
Sekadar berkongsi walaupun i serani
Bersolek hanya untuk suami
Tabarruj selalunya dikaitkan dengan wanita yang suka bercantik-cantik, berhias atau bersolek ketika keluar rumah atau berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Perbuatn itu termasuk dosa dan akhlak keji yang tidak sepatutnya ada pada wanita beriman. Rasululullah SAW bersabda:
" Allah melaknat perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi telanjang. Pakaiannya terlalu tipis membayang atau kerana ketat menampakkan bentuk badan dan menggiurkan syahwat lelaki."
Memakai pakaian yang labuh dan tudung menutup kepala jika masih berbentuk memperagakan kecantikan, juga dikira bertabarruj dan tidak menepati syarat-syarat menutup aurat dan memelihara maruah diri wanita itu. Sabda nabi lagi:
" Perempuan yang melabuhkan pakainnya, dalam keadaan berhias-hias ( atau memakai perhiasan ) adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya."
Perempuan yang memakai pakaian yang menutup auratnya sekalipun, sekiranya pakaian itu berwarna cerah dan menarik dan berhias-hias serta ia bebas bergaul dengan lelaki ajnabi, maka keadaanya tiada jauh bezanya daripada perempauan yang berpakaian tapi telanjang.
Kecantikan tubuh badan, muka, kaki, tangan dan pakaian boleh menggugat perhatian lelaki. Bak kata pepatah, ' dari mata turun ke hati'. Bayangkanlah apabila seorang lelaki telah terpaut dengan seorang wanita, berlakunya pergaulan bebas, bersekedudukan, lahirnya anak luar nikah dan buang anak berpunca dari wanita itu sendiri.
Wanita yang tidak berakhlak di dunia lagi Allah timpakan kehinaan. Di dalam kitab Uqudiljin fi Bayan Huquqil Zaujin ada dinyatakan:
" Apabila zahir pada seorang perempuan 3 perkara maka ia dinamakan 'qahbah' yakni perempuan penyanyi, perempuan fasiq atau lebih tepat lagi perempuan sundal: ( pertama ) Ia keluar rumah dengan bertabarruj, iaitu ia memperlihatkan segala perhiasan dan kecantikannya dan berjalan antara laki-laki.
( kedua ) Ia mengangkatkan suaranya sehingga didengar oleh laki-laki ajnabi. ( ketiga ) Ia mengangkatkan suaranya sehingga didengar oleh laki-laki ajnabi, walaupun ia perempaun yang soleh, kerana ia menyerupakan dirinya dengan perempuan yang fasiq."
Di antara ancaman Allah kepada mereka yang mengingkari syariat menutup aurat seperti sabda Rasulullah SAW:
" Adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya itu ialah kerana dahulunya ( waktu di dunia ) ia tidak menutup rambutnya daripada pandangan lelaki ajnabi."
" Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih ( seperti ) bertelanjang, yang memalingkan pandangan lelaki ajnabi, kepala mereka seperti ungguh unta khurasan ( sarang tebuan ) , tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sekali-kali."
Sekarang ramai perempuan memakai tudung sengaja ditambah sanggul buatan untuk menampakkan bentuk sanggul kepala, itulah yang dikatakan Rasulullah " kepala mereka seperti ungguh unta khurasan" dan ini dikira salah satu bentuk tabarruj.
Dosa bertabarruj dikira salah satu dosa berat, dirangkai sekali dengan dosa syirik, berzina, mencuri dan lain-lain, wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah bersumpah kepada Rasulullah antara lainnya tidak lagi akan bertabarruj seperti pada zaman jahiliah. Disebut dalam hadis:
" Telah datang Umaymah bintu Ruqayyah kepada Rasulullah SAW, memberi bai'ah kepadanya untuk berpegang kepada agama Islam. Maka sabda Junjungan, Kupinta dengan nama Allah bahawa engkau tidak akan mencuri dan berzina, tidak akan membunuh anakmu, tidak akan mendatangkan fitnah pesona yang direka-reka antara dua tanganmu dan dua kakimu, tidak akan meraung-raung ketika berlaku kematian seseorang dan tidak akan bertabarruj dengan tabarruj jahiliah dahulukala.
( hadis riwayat Ahmad dan At Thabrani )
Bagi wanita beriman, kecantikan rupa paras dan tubuh badannya dikhususkan untuk suami semata-mata. Bila berada di sisi suaminya, dia akan enghiasa diri dengan pakaian yang menyenangkan hati suami, berwangi-wangian dan berakhlak mulia. Ketika keluar rumah ( dengan izin suaminya ) dia akan menjaga maruah dan tidak membiarkan dirinya jadi tatapan atau tumpuan lelaki lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Uiyo, ISU SEMASA! |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Najib ambil tindakan segera. |
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik tak jumpa gambar Puan Botakchinpeng dalam Malaypretty.
Kalau tak, malu Spidey nanti.: |
|
|
|
|
|
|
|
aku sebagai perempuan malu lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ni kategori trending ke? ok2 sorry ya mod spidey
|
|
|
|
|
|
|
|
akak tk masuk page tu pon selalu kena orat ..kan cantik pun |
|
|
|
|
|
|
|
bayangkan aje forumer cari salah seorang dalam gambar ini
#Garampretty
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cef_gango at 7-4-2015 03:47 PM
kalau gmbar bella ada tak heran sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham apa motif thread ni
Nak iklankan page instagram ke? Ataupun sekadar 'viralkan aje la'
|
|
|
|
|
|
|
|
dan ramai juga para lelaki menagih cinta di instagram ini |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahahahahahhahaha terus gila aku |
|
|
|
|
|
|
|
keekekkeekkeke sapa kakak tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|