CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5240|Reply: 0

PEMUDA MALAYSIA TERSENARAI ANTARA ARKITEK TERBAIK DI ASIA

[Copy link]
Post time 6-4-2015 03:10 PM | Show all posts |Read mode
PEMUDA MALAYSIA TERSENARAI ANTARA ARKITEK & PEREKA DALAMAN MUDA
TERBAIK DI ASIA

Program Pembelajaran Jepun Nippon Paint dekatkan pelajar dengan golongan profesional industri



Shah Alam, 31 Mac 2015: Pelajar Malaysia, Wong Kail Li dan Lim Yong An, Pemenang Pingat Emas bagi Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (NPYDA) 2014, baru-baru ini telah menyertai Program Pembelajaran Jepun NPYDA di mana mereka telah bertanding dengan Pemenang Pingat Emas dari 7 negara lain termasuk Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia, China, Jepun dan Hong Kong.


Program Pembelajaran Jepun NPYDA 2014 telah diadakan di Osaka, di mana Jepun ialah tempat kelahiran Nippon Paint lebih daripada 130 tahun lepas. Pertandingan akhir menyaksikan 14 Pemenang Pingat Emas dari negara-negara Asia Pasifik yang mengambil bahagian, bertanding untuk bergelar diri sebagai anugerah utama bagi pereka muda.


Ryunosuke Akuta, seorang pelajar dari Universiti Osaka City,Jepun, telah dianugerahkan juara keseluruhan dengan hasil karyanya yang bertajuk “Sacrifice”. Reka bentuk seni binanya adalah berasaskan kepada tema “kehidupan yang tidak terbatas”. Ia menggambarkan penduduk kota yang mampu untuk hidup di dalam sesuatu komuniti sehingga ke akhir waktu. Direka dengan unik, tanah yang menempatkan rumah berkenaan akan menjadi sebuah pulau yang indah semasa waktu air pasang.



“Rekaannya telah difikirkan secara mendalam. Ia melibatkan bagaimana sesuatu komuniti akan berinteraksi secara sosial serta pada tahap emosi yang lebih dalam. Secara kebetulan, tema NPYDA seterusnya akan menggabungkan bahagian “emosi” dalam reka bentuk. Oleh itu, jelaslah Akuta-san sedang menuju ke arah yang betul dari segi keutamaan seni bina dan reka bentuk sekarang.  Setiap tahun, saya dapat melihat bahawa kualiti rekaan semakin ditingkatkan dan saya ingin memuji pelajar-pelajar ini atas penyertaan mereka yang setaraf dengan reka bentuk profesional,” kata Ar Sarly dari Sarly Adre Sarkum Architecture Sdn Bhd, salah seorang daripada hakim pertandingan akhir NPYDA 2014.


“Sacrifice” dipilih setelah melalui proses pemilihan yang ketat oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar industri seperti Ar. Sarly Adre bin Sarkum (Presiden Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia dan Pengasas Sarly Adre Sarkum Architecture Sdn. Bhd., Malaysia), Cik Siritip Harntaweewongsa (Pengasas bersama dan Pengarah Reka bentuk Lestari di GreenDwell, Thailand), En. Horace Pan (Timbalan Profesor di School of Design, Hong Kong Polytechnic University dan Naib Pengerusi Hong Kong Interior Design Association, Hong Kong), Ar.Tomohiro Hata (Pengasas Tomohiro Hata Architect and Associates, Japan), dan Ar. Kazuma Yamao (Pengasas GINGRICH Architect, Japan).



Di Program Pembelajaran Jepun NPYDA 2014, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nippon Paint Asia Tenggara, Wee Siew Kim berkata, “Nippon Paint komited dalam membentuk masa depan golongan muda hari ini dalam bidang reka bentuk. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada bakat-bakat muda kita yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan ini. Platform NPYDA direka untuk khas untuk mereka. Ia melibatkan siri bengkel, sesi pertukaran ilmu pengetahuan dan program mentor dengan pakar industri dari seluruh dunia. Saya berbangga melihat ia telah berkembang, sejak dimulakan tujuh tahun lepas.  Sesungguhnya, Program Pembelajaran Jepun ini memberikan pengalaman yang amat berharga kepada pereka bentuk muda di Asia untuk membentuk jaringan dengan golongan profesional industri yang berpengalaman di samping mempamerkan idea-idea kreatif mereka dalam arena antarabangsa.”

Sebagai peneraju penyedia salutan menyeluruh di Asia, Nippon Paint menjadi pemimpin dalam membantu pertumbuhan industri reka bentuk dan menyediakan platform bagi pelajar muda untuk menggabungkan warna di dalam reka bentuk mereka. Bertemakan “Re:Think Re : Create Our Community, Our Home’, NPYDA 2014 menonjolkan pemenang yang menunjukkan idea dan reka bentuk kreatif dalam dua kategori – Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman. Penyertaan diadili berasaskan konsep warna, reka bentuk hijau dan lestari, pernyataan konsep reka bentuk, dan inovasi reka bentuk.


Wong Kail Li dari Universiti Putra Malaysia mewakili Malaysia, apabila beliau membawa pulang Anugerah Emas dalam Kategori Seni bina melalui reka bentuknya yang bertajuk “Bond the Vicinity–Hydrophilic Retirement Retreat” yang menggalakkan golongan warga tua berinteraksi sesama mereka dengan orang ramai di persekitaran hijau dan lestari. Wong berkata, “Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada Program Pembelajaran Jepun ini. Saya banyak belajar daripada rakan pelajar dari merata Asia, serta golongan profesional industri melalui sesi perkongsian. Sesi bimbingan oleh Ar. Tomohiro Hata dan Ar. Kazuma Yamao sebelum pertandingan akhir benar-benar membuka mata saya, bukan sahaja untuk pertandingan ini tetapi untuk kerjaya saya di masa depan. Maklumbalas mereka yang sangat berharga telah memberi inspirasi kepada saya untuk terus menghasilkan reka bentuk yang unik, dan menambah nilai kepada komuniti dan alam sekeliling kita.”


Selain Wong, Malaysia juga diwakili oleh Lim Yong An dari KBU International College, pemenang Anugerah Emas bagi Kategori Reka Bentuk Dalaman. Reka Bentuk Nurseri Pertanian LEAF (Lifestyle, Easy, Advanced, Fun), menawarkan persekitaran unik dan lestari bagi menikmati minuman dan makanan yang membolehkan orang ramai menikmati hasil tuaian segar yang menggunakan bahan buangan organik sebagai kompos.


Program Pembelajaran Jepun selama 3 hari ini turut dihadiri oleh golongan profesional industri yang berpengaruh di rantau ini termasuklah Cik Monika Fecht (Ahli Lembaga CMG Asia Pacific Group) dari Colour Marketing Group yang membuat pembentangan tentang “Colours in Motion”, yang menyentuh tentang bagaimana warna yang diinspirasikan oleh alam melalui formasi ikan di lautan dalam, formasi burung berterbangan di angkasa serta letusan lava gunung berapi. En. Horace Pan dari China dan Ms. Siritip Harntaweewongsa dari Thailand yang berkongsi pandangan tentang bangunan hijau dan lestari dan kesannya kepada komuniti. Horace juga berkongsi bahawa Hong Kong sedang memberi tumpuan kepada kelestarian budaya, pemulihan semula sejarah dan perlindungan alam sekitar dalam membangunkan reka bentuk yang mesra kepada komuniti dan alam sekelilingnya.


Pemenang NPYDA 2014 peringkat rantau ini dan profesional industri juga diberi peluang untuk menghargai sejarah di Muzium Nippon Paint, Osaka untuk menimba ilmu tentang evolusi syarikat Nippon Paint sebagai penyedia Penyelesaian Salutan Menyeluruh. Muzium ini memaparkan kad warna kuno dan tong cat yang digunakan dahulu, serta penjelasan tentang evolusi proses pembuatan cat.


NPYDA telah berkembang daripada hanya 87 penyertaan pada 2008 di seluruh Malaysia kepada 2,303 penyertaan dari 10 negara di Asia pada 2014. Bagi NPYDA 2015, tiga lagi Negara (Bangladesh, Papua New Guinea dan Sri Lanka) akan menyertai pertandingan serantua ini.


Untuk maklumat lanjut tentang Anugerah Pereka Muda Nippon Paint, sila layari www.youngdesigneraward.com.my/ atau www.facebook.com/youngdesigneraward

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.320256 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list