|
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melonjak ke tangga teratas Liga Super selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak pada perlawanan tunggal liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Jaringan tunggal penyerang import dari Mali, Dramane Traore pada minit ke-32 membolehkan skuad 'The Cops' meraih kedudukan pendahulu dengan 12 mata, kelebihan satu mata daripada Felda United FC (FUFC).
Kedudukan pasukan dijangka berubah apabila FUFC, yang mendapat jolokan 'The Fighters', melayan kunjungan Perak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|