CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7909|Reply: 66

[Tempatan] Nasib ambulans dalam kesesakan KL

[Copy link]
Post time 5-4-2015 11:18 PM | Show all posts |Read mode

KESESAKAN jalan raya walaupun pada hujung minggu di ibu kota itu perkara biasa di mata penulis.

Namun, apabila ambulans tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan pemandu kereta lain hanya buat tak tahu, itu suasana yang luar biasa.

Siren ambulans terus berbunyi tanpa henti dari arah belakang namun gara-gara lorong untuk dua buah kereta dilalui oleh tiga buah kereta, maka tiada ruang untuk ambulans tersebut 'menyelit'.

Menurut pemerhatian penulis sewaktu kejadian baru-baru ini, ambulans tersebut sudah menanti laluan tersebut 'dibuka' kira-kira 15 minit namun masih tiada kenderaan yang berusaha memberi jalan.

Memang diakui semua orang mahu tiba cepat ke destinasi masing-masing namun, negara ini mempunyai undang-undang jalan raya yang wajib dipatuhi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Rupa-rupanya, pada tahun 2015 ini masih ada rakyat negara kita yang bersikap endah tak endah dengan keadaan sekeliling meskipun ia melibatkan nyawa orang lain.

Situasi ini hampir serupa apabila laluan kecemasan di lebuhraya-lebuhraya tertentu disalahguna pemandu yang tidak bertanggungjawab seperti yang dilaporkan sebelum-sebelum ini.

Jika situasi seumpama ini terlalu sering berlaku dan terus berulang, penulis bimbang ia akan mengancam nyawa pesakit.

Mungkin pihak berwajib wajar mencari jalan penyelesaian terhadap suasana ini terutama di ibu kota yang popular dengan kesibukan maksimanya walaupun pada hujung minggu.

Antaranya, mewujudkan laluan khas yang hanya boleh dilalui ambulans ketika kecemasan seperti laluan khas untuk bas dan teksi yang telah pun disediakan di beberapa kawasan.

Namun, dalam keadaan-keadaan terdesak mungkin anggota polis terutama dari unit trafik boleh bertindak memainkan peranan mengawal jalan di kawasan-kawasan sesak bagi memudahkan ambulans melaluinya tanpa halangan.

Selain itu,  kesedaran juga perlu dipertingkatkan kepada masyarakat umum yang mungkin terlupa tentang sifat-sifat terpuji yang wajar diterapkan dalam kehidupan seharian meskipun zaman semakin maju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2015 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat mesia yg xdep kesedaran sivik xlayak drive kete etc..sekian
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 11:27 PM | Show all posts
kesian pesakit kat dlm ambulan tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 11:41 PM | Show all posts
Sometimes mmg dah tak boleh nak himpit tepi sebab kereta kiri kanan pun stuck dlm jam. Abes gimanakah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 11:42 PM | Show all posts
bukan stakat driver biasa x reti bahasa,
kdg kdg ambulans xda pesakit pon buka siren
lepas dr jem terus tutup siren
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 11:45 PM | Show all posts
sbg pengguna jlnraya... arah dari mana dtgnya siren tersebut amat sukar dijangkakan. aku x pernah jumpa pemandu yg sengaja x bagi laluan pada ambulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2015 11:47 PM | Show all posts
miabebe replied at 5-4-2015 11:25 PM
Rakyat mesia yg xdep kesedaran sivik xlayak drive kete etc..sekian

inilah bahananya bila harga kereta dah murah, hari2 beli kereta

seriyesly, kenapa pemandu yg tak bagi laluan tak cuba bayangkan kalau mereka sendiri berada dlm ambulans tu? time ambil lesen jawab pulak baik2 tp bila dah dapat lesen lain pulak jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 11:53 PM | Show all posts
Dia orang belum pernah kena kat keluarga sendiri. Sebab tu selfish sangat.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
  kesian tgk laluan motor pun keta boleh sapu...bawak laju pulak tu... Motor balik kena ketepi sampai nak masuk longkang...kalau dpt pemandu2 vongok mcm tu elok di kiki steeringkan je
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:26 AM | Show all posts
dah sesak, kan.. macam mana nak menyelit lagi dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sesak nk myelit cmne..bdoh bin bangang ke aper..bistu yg vvip lalu yg suh kita smua tu ke tepi kcemasan ape pulak.??? Tu tkde pulak nk disoal kn..vavi kn..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:51 AM | Show all posts
ambulan takde riders. lainlah kalau pak menteri nak berkejar pi padang golf.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:53 AM | Show all posts
yg aku tgk, mmg pemandu2 lain akan bg laluan, himpit asalkan ambulans tu boleh lalu.. unless kesesakan terlampau yg dah xleh nk himpit kiri atau kanan lg dah.. yg camtu mmg xleh nak buat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesak sgt nk himpit cmne, kang berdentum pulak bunyi. Pemegang2 lesen bnyk di tahap amatur lg
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:00 AM | Show all posts
Masarakat pprt
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku himpit kiri jika ambulans
Jika vvip akak x dgr siren.sorry.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 01:31 AM | Show all posts
mesti ramai kat sini tak pernah lagi ada pengalaman ambulance nak lalu..
kalau bunyi siren orang pekak aje boleh buat bodo,
kalau ada hati perasaan dia berusaha himpit keta asalkan ambulance lalu..

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:33 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-4-2015 01:36 AM

Kan! Hahaha... M25 tu jam gila pun dia orang masih boleh bagi laluan. Dan setengah jalanraya dalam london lagi bz dari kl pun boleh je bagi laluan kat ambulance yang setiap 5 minit ada je ambulance dalam kecemasan .  Apa apa hal pun ianya bermula dari pemanduan kita sendiri. Kalau kita ikut betul undang undang jalan raya dari mula pemanduan kita di Jalan raya  semua tu dapat di atasi. Masalah Pemandu Malaysia ni tersangat mementingkan diri sendiri. Selagi boleh asak kita asak walaupun sejenkal bumper tu bumper!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau vvip lalu dgn polis trafic tau pulak takut nk bg laluan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:59 AM | Show all posts
hubby akak kalau dulu pantai dengar siren, terus ketepi.. sekarang pesen baru lak dia... dengar ambulance atau bomba tetap sama, laju himpit ke tepi... kalau dengar siren polis, tengok belakang ada kereta hitam, mintak maaf lah.. mmg dia cukup hangin dan buat2 tak dengar jer sampai polis hon keta akak marah...

semalam pergi semenyih ikut cheras, lepas bayar tol terus jem.. datang polis iring ntah sapa dok pasang siren tengah2 jem suruh semua org ketepi... hubby kak dah hangin satu badan dah... dah laa baru lepas bayar tol terus jem buat jambatan MRT tuh.. polis dok halau org nak bagi VIP lalu.... mulalah membebel dah laa roadtax keta dia kita bayar, tol laju jer tak bayar ikut belakang polis...pastu guna polis halau2 kita suruh ketepi yg semua segala kita bayar sendiri... habis dihamunnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.067776 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list