Susulan dari video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen7, Shah Alam, pada Ahad lalu tersebar di media sosial sejak semalam, ramai yangmengecam tindakan kedua-dua pihak.
Menerusi video pertama yang disebarkan, orang ramai mengecamtindakan beberapa gadis berkenaan yang biadab dan kurang ajar memaki hamun lelakiusia pertengahan itu.
Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksibertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan merekaberang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.
Menurut laporan Harian Metro bertarikh 30 Mac 2015 semalam,punca kejadian itu berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluankepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklahmengangkat tangan.
"Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimpit kenderaan kamidaripada masuk ke stesen minyak terbabit. Sejurus masuk ke stesen minyak, teksiitu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapakali," kata Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid, 25, yang juga mendakwamereka ditumbuk oleh lelaki itu sehingga cedera di bahagian muka.
Akan tetapi, itu hanya cerita dari sebelah pihak tiga gadis berkenaan yangmendakwa diri mereka sebagai mangsa dalam kejadian yang tidak diingini itu.
Tampil seorang lelaki yang mendedahkan dirinya adalah rakan sepejabat pemanduteksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi.
Berikut adalah pendedahan beliau di bawah:
Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorangkakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebabdia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan carayang betul.
Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorangbekas tentera.
Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmidan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecutmenghala ke Shah Alam.
Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam.Keluar jedari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.
Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.
Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telahretak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.
Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telahmemecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.
Habis on-scene punya cerita.
Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapabudak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk mukaCikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi.Darah bercucuran di lantai balai polis.
Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalamkes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.
Demikian penjelasan dari individu bernama Hurairah bagi sebelah pihak pemanduteksi terbabit.
Polis sedang menyiasat insiden terbabit dan mengesahkan telah menerima laporankedua-dua pihak termasuk laporan yang mendakwa bapa gadis berkenaan telahmenyerang pemandu teksi itu selain membuat kekecohan di balai.
(
)