CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9914|Reply: 92

[Tempatan] edisi gst: mydin serap gst

[Copy link]
Post time 31-3-2015 09:02 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa lebih ramai peniaga mencontohi pasaraya Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah Mydin itu disambut baik kementerian kerana dapat membantu menjayakan inisiatif yang diambil kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara.

"Ini yang kita alu-alukan kepada peniaga yang memikirkan kepentingan negara diutamakan lebih daripada keuntungan sendiri.

"Ini diharapkan akan menjadi contoh kepada peniaga lain. Pada saya apa sahaja tindakan yang kerajaan ambil melalui GST adalah sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat dan pengukuhan ekonomi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memuat naik iklan yang dikeluarkan Mydin melalui laman Twitternya mengenai penyerapan GST yang bakal dilaksanakan secara sukarela oleh syarikat runcit itu apabila GST dilaksanakan Rabu ini.

Ditanya mengenai kemungkinan syarikat lain mengikut jejak langkah Mydin, Hasan berkata, beliau lebih mengalukan syarikat berkenaan mengumumkan sendiri pendirian masing-masing.

Beliau berkata, melalui pertemuan antara KPDNKK dan beberapa wakil industri baru-baru ini, persetujuan pematuhan agar tidak menjadikan GST sebagai alasan memanipulasikan harga dan tidak menaikkan margin keuntungan bersih mulai 2 Januari 2015 hingga 30 Jun 2016, telah dicapai.

Katanya, antara wakil yang hadir ialah Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) dan Persatuan Peruncitan Malaysia (MRA).

"Ini amat digalakkan sebagai tanda sokongan kepada GST berkat penglibatan yang dibuat kerajaan secara dari hati ke hati," katanya.

Mengulas mengenai aduan pengguna mengenai beberapa barangan keperluan asas yang dilaporkan tiada stok di pasaran, Hasan menasihatkan pengguna melaporkan segera kepada KPDNKK di talian bebas tol 1-800-886-800.

Dalam pada itu, beliau berkata aplikasi MyKira GST yang diperkenalkan KPDNKK juga membantu rakyat memantau harga barangan yang dimanipulasikan selepas cukai itu dilaksanakan.

"Kita juga akan lancar Pusat Gerakan Anti Pencatutan petang ini bagi memudahkan media dan orang ramai mengetahui maklumat terkini mengenai aduan serta tindakan yang diambil kementerian terhadap peniaga yang mengambil kesempatan," katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai brgan mr.diy pun ckp serap gst..tp pertengahan march aritu beli ada brg kraf tu..rm1.90 je.. Sabtu aritu nak beli tgk rm2.60.. Masih murah tp naik.hurmmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Shopping kat mydin je lah lepas ni. Mydin ada jual renoma tak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:11 AM | Show all posts
shopping kat mydin n DIY je la lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:16 AM | Show all posts
Jauhnya nak gi mydin....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 31-3-2015 09:09 AM
Shopping kat mydin je lah lepas ni. Mydin ada jual renoma tak?

Ada...spender renoma
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mrseller replied at 31-3-2015 09:19 AM
Ada...spender renoma

Ya, itulah yang aku cari. Terima kasih mydin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:30 AM | Show all posts
yay!!!!
i like mydin
memang sit tempat i beli monthly groceries
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 09:34 AM | Show all posts
memang beli kat mydin pon sebelum ni... tp mydin mart je la... pasni kene gi mydin subang la...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:46 AM | Show all posts
barang tak de kualaiti...semua dihenjut kepada rakyat.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:49 AM | Show all posts
Pasti ramai yg akan berbondong bondong ke Mydin nanti .
Jauh sikit dr rumah aku tapi masen berbaloi kalau shoping sebulan sekali
Beli segala benda keperluan yg harga lebeh rendah dr kedai lain
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:50 AM | Show all posts
fire_place replied at 31-3-2015 09:07 AM
Kedai brgan mr.diy pun ckp serap gst..tp pertengahan march aritu beli ada brg kraf tu..rm1.90 je.. S ...

tipula tu...Mr DIY penipu

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:53 AM | Show all posts
Kat Subang....Mydin lagi ramai org drp Giant
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap mydin buka lagi 1000 cawangan...baru supermarket yg lain, mart2, kedai2 runcit mengelupur.

Oppo pun beri jaminan akan serap cukai gst bagi hphonenya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:55 AM | Show all posts
tahnia mydin
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:55 AM | Show all posts
haah...aku gi DIY katanya dia serap gst tu....kiranya dia naikkan harga sikit tp x caj gst....kira serap kt harga brg laa kowtt....mcm mana tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 09:57 AM | Show all posts
suka g mydin...walaupn ramai warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:09 AM | Show all posts


yg nih baru lah sebagaimana yg sepatutnya........serap GST dlm ertikata gantikan SST yg sedia ada dgn GST....bukan cam kebanyakan peniaga yg memasukkan nilai GST dlm harga semasa yg sudah termasuk nilai SST...

apapun aku ucapkan selamat maju jaya dalam perniagaan kepada pihak pengurusan Al-Ikhsan kalo btol apa yg dipaparkan dlm gambar di atas itulah yg dipraktiskan.......
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:11 AM | Show all posts
Mydin memang harga murah. kalau korang perasan la compared dgn pasar raya yang lain....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:27 AM | Show all posts
mmg tiap2 mggu beli brg kt mydin pn...dekat dgn rumah...jln kaki pn blh sampai
so lps neh ttp pegi mydin la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077591 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list