CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3346|Reply: 19

Knapa Interview Nie Pelik?

[Copy link]
Post time 28-3-2015 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Salam korang, aku ada sesuatu permasalahan nie.. So nak mintak pendapat korang..

Aku pergi interview satu company nie, jumpa iklan kerja kosong dia sebagai Management Trainee Event. Well, bunyi macam pekerjaan yang kena uruskan seminar, ceramah, forum kew hapa.. So, aku pun apply laa.. Berharap untuk mendapat tempat aku di sisi masyarakat, al maklumlah aku ni fresh graduate yang sedang mencari pekerjaan. Sampai bila nak tanam anggur berharap kat mak ayah kan?

But, bler aku pergi ofis dier tu, aku tengok ofis tu taklaa macam ofis yang uruskan event atau pepe. Aku tak rasa ada orang yang patut bekerja pun di ofis tu, nampak macam rumah kedai jew ( No Offences).But, seriusly lansung tak macam apa yang korang expect sebagai pejabat. Masuk tu ada akak yang sambut n suruh aku tulis nama n sekian sekian, then suruh aku tunggu kat ruangan menunggu.Dia bagitau manager dia blum sampai lagi. Maybe dia manager dia bleh mari lewat, ntahlah..

So, during interview tue, manager tu first tersalah anggap aku apply sebagai pembantu tadbir, aku memang dah pelik dah masa tue. Camner someone yang digelar manager bleh scew up camtu sekali. Then cam biasa, aku cerita sal diri aku, promote diri semua tu. But, apa yang aku pelik adalah sal pekerjaan nie, menurutnya, firstly, aku akan jadi pelatih dulu dan akan ikut supervisor untuk buat kerja kerja outstation. Then, bila dia dah yakin dengan ability aku, baru aku bleh jadi manager n akan ada group pelatih sendiri. Masalahnya, apa yang aku buat tu lansung tak macam berkaitan dengan event. Ianya lebih kepada jual sistem, jual tiket, jual kupon n berapa percent yang aku jual itu akan menjadi gaji aku. Kerja tu memerlukan aku pergi rumah ke rumah n perjabat n edar flyer. Aku tengok gak lah flyer diorang tue.(Flyer tu macam.. peluang untuk mendapat 30 ribu dalam masa 3 hari, peluang untuk dapat kereta BMW, perniagaan terpaksa untung) Well, maybe flyer tu sal company lain, company ni tolong advertise jew kut, tak kisahlah yang tu.

Anyway, teori pekerjaan ni macam nie. Semakin banyak aku bleh cari orang(aku rasa dia panggil prospect), semakin tinggi pangkat aku dalam ofis tu, well kalau aku bleh panggil dia ofis lah. Anyhow,aku maybe tak pernah kerja koperat kew apa, but aku lebih dari sure kerja di ofis tak macam tu. Knapa kedudukan aku ditentukan dengan berapa orang bleh aku cari? And kenapa deskripsi kerja ni langsung tak macam ada kaitan pepe ngan Event?

Korang rasa adakah ini satu penipuan ke atas diri aku ini, ataupun ini hanyalah ujian bos untuk tengok aku yang sebenar-benarnya
Terima kasih atas pandangan dan pendapat korang
Sangat menghargai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 12:49 PM | Show all posts
ini sbnar nya penipuan,dia ltk je position management trainee..byk company buat mcm ni...cari prospek..ko lupa kan je..carik keje laen...ade rezeki tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan percaya. Nanti tak memasal kena jual barang dorang. Yang untung dorang. Engko tak dapat ape pun. Engko boleh search thread sebelum sebelum ni. Jadik macam ni jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko boleh search topic ni ha COMPANY PENIPU dalam bod ni. Aku malas nak tepek url die.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 05:10 PM | Show all posts
tak payah...

nanti tak pasal2 terserempak ngan aku kat memana bagi pamplet jual pakej

modus operandi sama je diorg ni....cari budak fresh yang terdesak nak kerja
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 05:13 PM | Show all posts
U grad apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2015 12:26 AM | Show all posts
aku rs ko keje kat 7e lg mulia drp ko keje dkt company mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 12:42 AM | Show all posts
dia bermain tiori dan nama yang menyedapkan nak nampak gah ja tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 11:48 AM | Show all posts
Ingat lg sedekad yg lalu time2 lps grad 2005 dulu gigih carik keje..dpt panggil interview post camni la lebih kurang mgt trainer bagai skali kena jual buku kat skolah2..sehari jer aku kijer esok tak dtg2 lg..

Alhamduillah skang dah keje gomen N41
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 10:12 PM | Show all posts
tagas replied at 31-3-2015 03:48 AM
Ingat lg sedekad yg lalu time2 lps grad 2005 dulu gigih carik keje..dpt panggil interview post camni ...

Congrate
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 10:22 AM | Show all posts
Sebelum pergi interview tu dapat tau mana psl Management Trainee Event ni? Iklan? Apa job descriptionnya?

Mmg lain sangat dgn apa yg u cerita kat atas tu. Kalau u sendiri pun confuse2 gini baiklah tak perlu terima. Melainkan u dah tanya smpi ke lubang apa kerja sebenar, dah puas hati dan sanggup terima...

Aku dulu pun sebelum grad, ada manager company ni dtg kat event career talk kat U. Masa tu aku & kwn2 berlumba2 la nak dpt kerja lps grad. So bila company2 ni dtg bg talk psl company & apa diorg buat, dia bagi business card & siapa2 berminat boleh bg nama terus dan dia akan contact untuk interview ke apa ke..

Lps grad, aku dpt call dr company td tu tanya nak kerja ke tak & minta dtg utk interview. Set appointment. Pergilah ke Bangsar (bangunan apa tak ingat, tp agak besar). Yg welcome aku masa tu Indian guy, lebih kurang baya aku je. Dia mmg staff company. So aku bersembang2 dgn dia psl company ni, siapa bos, agak lama juga. Dia pun baru kerja kat situ. Dia pun tanya aku psl pandangan aku, cara berkerja. Lps tu aku tanya, bila bos nak dtg? bila nak start interview? Dia jawab, ini interview la ni. Aku tercongong di situ... what.. selesai di situ.


So aku mmg tak jumpa bos yg aku expect nak jumpa. Lps tu aku pun balik lps dia kata nanti dia call bila kena start.. balik rumah aku bercerita dgn mak aku, "macam dah dapat je kerja tu Mak.. betul ke tak ni".

Dlm minggu tu jugak aku dpt call bgtau aku berjaya dpt post tu. Berjaya? haha. Aku diminta dtg ke mall lama (mcm tinggalan khazanah) apa ntah kat Cheras. Ingatkan ofis kat Bangsar bangunan yg cantik tu. Keadaan amat menyedihkan, bayangkan ofis lama yg disewa kpd company lain. Ada perabot2 usang. Komputer ada dlm 5 biji. Colleagur aku ada 2 orang, dan bos sorang. So total 4 org je dlm ofis tu. Aku sorang Muslim.


Panjang la plak story aku ni. Cut short, aku berhenti tak smpi 2 minggu kerja. Sebab? keselamatan, aku kena jalan jauh nak menapak 20 minit ke Mall tu dari LRT Cempaka mencelah flat2 & rumah2 kedai kat situ dan yg paling utama. Nak naik cab tak mampu. Tak boleh sentuh langsung handphone, smpikan ayah aku call pun aku terpaksa sorok2 angkat. Nak solat kena pergi public surau kat aras lain dan kena lalu lorong sunyi, dah lah tak de business buka dlm mall tu. Tapi aku bgtau Bos aku tu, aku tak fit kerja di situ, tu pun by phone. Esok aku tak kerja dah. hehe, malu.

So kepada adik2 yg baru grad, sila berhati2 dan selidik betul2. Mmg seronok dpt kerja, tapi kalau senang sangat dpt kerja, pelik la pulak. Tp semua ni rezeki Allah. Ambil pengalaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 10:44 PM | Show all posts

Degree... why?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 10:46 PM | Show all posts
dalima replied at 7-4-2015 02:22 AM
Sebelum pergi interview tu dapat tau mana psl Management Trainee Event ni? Iklan? Apa job descriptio ...

Terima kasih nasihat tue...
Amat menghargai./..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
AYAKAISHI_AYASY replied at 8-4-2015 10:44 PM
Degree... why?

Maksud i degree major apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2015 06:39 PM | Show all posts
intriQue replied at 8-4-2015 02:53 PM
Maksud i degree major apa?

Sumber manusia jew...
Kos x laku mana..

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
AYAKAISHI_AYASY replied at 9-4-2015 06:39 PM
Sumber manusia jew...
Kos x laku mana..

Cer try register kat e-madis. Mana tahu ada rezeki....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 08:54 AM | Show all posts
Hmm... memang ada unsur2 penipuan tu. Modus operandi sama je.. nak kaburkan mata n koyakkan poket orang lain yang bersifat 'nak cepat senang'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 06:24 PM | Show all posts
intriQue replied at 9-4-2015 10:44 AM
Cer try register kat e-madis. Mana tahu ada rezeki....

Terima kasih stranger di internet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 06:25 PM | Show all posts
NurussalamAziz replied at 10-4-2015 12:54 AM
Hmm... memang ada unsur2 penipuan tu. Modus operandi sama je.. nak kaburkan mata n koyakkan poket or ...

Tapi...
Aku nak cari kerja jew...
Bukan nak cepat senang or pepe...

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
AYAKAISHI_AYASY replied at 10-4-2015 06:24 PM
Terima kasih stranger di internet

Sama2. Just sharing an option
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 1.774511 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list