IPOH: Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum Allah yang wajib dilaksanakan, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Bagaimanapun, beliau berkata umat Islam boleh memberi kritikan untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.
"Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna?.. itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum Allah itu, dia akan menerima bencana daripada Allah SWT.
"Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok...mungkin yang dikritik itu adalah caranya...hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib," katanya selepas melancarkan projek pembinaan Kompleks Tarbiah Baitul Ridzuan di Kampung Manjoi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pihak yang mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Harussani berkata umat Islam seharusnya bersatu dan menerima hukum tersebut dan bukan berpecah-belah.
"Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut tetapi masih tidak dipersetujui puak lain, jadi mereka cuba pertahankan.
"Konsep Islam, umumnya, tidak boleh mempertikai hukum hudud, sekiranya dia mempertikaikan hukum hudud bermakna dia mempertikai hukum Allah," katanya.
Mengulas teguran beliau baru-baru ini berhubung pendakwah yang cenderung bergurau dan melawak ketika menyampaikan ceramah, Harussani berkata tindakan itu bukan bertujuan mengutuk atau menuduh seseorang, sebaliknya untuk menyelesaikan masalah.
Katanya, menjadi kewajipan beliau untuk memberi sebarang teguran atau peringatan dan terpulang kepada mereka sama ada mahu menerima atau sebaliknya. - BERNAMA
statement beliau benar sama sekali.. sila pertikai cara umat manusia melaksanakannya, bukan isi kandungan dan tatacara perlaksanaan yang sudah sedia termaktub
segalanya boleh di pertikaikan..apa pun saja boleh di pertikaikan.. malah tuhan tu wujud ke pun dah lama di pertikaikan..ni kan plak yang di dakwa hukum dari tuhan
ni ler perangai yang buat orang islam jadi bodoh dan jumud kolot kuno backward dan fanatik dan penganas
kalo kita tak pertikaikan, dunia takkan jadi dunia
manusia berada pada keadaan dan dunia macam hari ni adalah di sebabkan depa selalu pertikaikan akan sesuatu
dalam kuboq pun akan ada soalan
nikan pulak masa hidup?
tak munasabah bila kita dakwa dah mati nanti dalam kuboq akan di soal oleh malaikat tapi masa kita hidup di dunia di larang mempertikaikan apa jua esp so called pekara agama..tak ke bodoh punye rasional cengitu?
lagi banyak di soal, soalan..lagi bagus
oang cam dr zakir , cam mahathir, cam arwah deedat..depa2 ni amat suka di soal..suka soalan
pasal di situ ler nanti terbentuk banyak jawapan pada semua masalah or kebuntuan
Berani betul aji mempertikaikan cakap Mr. Mufti.... Aji ni Islam ka?
Maideen sundri baru nak mempertikaikan hukum boleh menutuh hamba wanita (termasuk wanita tawanan perang) yang di katakan ada terdapat dalam ayat ayat 4:3, 4:24 dan 23:5-6 al Quran. Tapi setelah mendengar Mr. Mufti cakap tak boleh pertikai hudud mudud sebab ada dalam Quran, Maideen terus insof. Malah tetiba membuak membuak semangat nak menyerang Hollywood di Amrika dan membawa balik dua tiga orang tawanan perang!