Edited by jajamis at 28-3-2015 11:32 AM
Rasanya yg tangguh kawin tu news lama -feb 2014
KUALA LUMPUR - Pelakon Siti Elizad Sharifuddin, 31, bakal menamatkan zaman bujang dengan teman lelakinya, Shamsul Baharin, 43, pada 11 April depan. Bakal suaminya yang berstatus duda beranak dua itu kini bertugas di sebuah syarikat permotoran terkenal di ibu kota. Pelakon yang popular dengan drama bersiri Teman Lelaki Upahan itu berkata, dia terpaksa menunda tarikh pernikahannya sebanyak tiga kali atas sebab kesibukan kerja. “Pada awalnya, kami memilih untuk bernikah pada 1 November tahun lalu. Akibat percanggahan jadual, kami menunda majlis tersebut ke tarikh 11 Januari 2015. “Tetapi, disebabkan saya sudah kembali aktif dan mula mendapat banyak tawaran berlakon, kami terpaksa menunda tarikh pernikahan sekali lagi dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan pada 11 April depan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Utusan, Jalan Chan Sow Lin di sini sebentar tadi. Elizad dan Shamsul bakal bernikah pada hari yang sama dan kemudiannya mengadakan majlis resepsi pada sebelah malam di Laman Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz3VeCAZIAK
Hakcipta terpelihara
|