CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3929|Reply: 0

Bagaimana Mengelak Pautan Pada Twitter Dibuka Menggunakan Pelayar Web Terbina?

[Copy link]
Post time 26-3-2015 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa pembangun telah mula mengimplementasikan sokongan pelayar web terbina pada aplikasi mereka, sekaligus mengelakkan pengguna daripada meninggalkan aplikasi mereka ketika membuka sesuatu pautan. Pihak Twitter turut dilihat menguji fungsi serupa pada aplikasi Twitter untuk Android Beta.
Dengan sokongannya, kini apabila anda membuka sesuatu pautan daripada Twitter, pautan tersebut akan dibuka pada aplikasi tersebut sendiri tanpa meninggalkannya atau membuka pelayar web lain pada peranti anda.



Fungsi ini mungkin digemari sesetengah pengguna, dan mungkin juga sebaliknya bagi sesetengah pengguna yang lain.
Bagi anda yang tidak mengemari fungsi ini pada Twitter, anda boleh menutup fungsi ini dengan ke halaman tetapan.
Pada aplikasi Twitter, buka halaman Settings, dan seterusnya pilih General.

Pada halaman yang dibuka, pastikan anda tidak menandakan pada ruangan “Use In-App Browser”.
Dengan melakukannya, kini pautan tidak lagi akan dibuka menggunakan pelayar web terbina pada Twitter, sebaliknya ia akan membuka pautan pada pelayar web lain seperti Chrome dan sebagainya.

kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.127180 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list