View: 2731|Reply: 18
|
[Tempatan]
Kerajaan tak jadi sekat Facebook, Google
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengambil langkah menyekat laman media sosial seperti Facebook dan Google walaupun berdepan cabaran ledakan kandungan negatif di internet, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata sebaliknya, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap penyebaran kandungan yang negatif.
Katanya, kerajaan juga bersedia melihat keperluan bagi meminda atau menambah baik undang-undang sedia ada dalam berdepan cabaran baharu ledakan kandungan.
"Kami tidak akan sampai ke situ (sekat) kerana kami percaya bahawa banyak kebaikan dan perkara-perkara positif yang boleh kita ambil daripada perkembangan ledakan (maklumat) dunia yang dipanggil 'hyperconnectivity' pada hari ini," katanya merujuk kepada langkah yang diambil kerajaan China untuk terus menyekat penggunaan Facebook dan Google di negara itu.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian tersebut, di Dewan Rakyat pada Selasa.
Katanya, kementerian turut sentiasa bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani jenayah siber.
Beliau berkata hakikat Malaysia menduduki tempat ketiga bersama-sama dengan Australia dan Oman, selepas Amerika Syarikat dan Kanada dalam Indeks Keselamatan Siber 2014 oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) juga membuktikan Malaysia berada pada landasan yang betul.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata kerajaan juga akan mewujudkan satu saluran khas untuk siaran persidangan Dewan Rakyat apabila RTM memasuki sistem penyiaran digital.
Katanya, siaran sedia ada iaitu selama 90 minit setiap hari pada setiap hari persidangan Dewan Rakyat di RTM1 adalah persiapan ke arah itu.
"Saluran RTM Parlimen ini akan membolehkan kita melihat dan menilai apa yang diucap dan dibincangkan di Dewan Rakyat," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekat pun bagus..kalau dah sampai tahap gaduh cerai berai bunuh membunuh sbb fb..so bodo org mcm ni...puiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Sewajarnyalah.... |
|
|
|
|
|
|
|
yang sampai google pun nak sekat watpe..
hilang la perkataan yg biasa org sebut tu..
"jap lagi aku google jawapan tu",..
"ko cuba google maksud ayat tu"..
|
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan bongok |
|
|
|
|
|
|
|
Aku banyak kali peratikan bila gomen kita buat satu decide kadang2 jadi kadang2 tak jadi or mansuhkan. Seolah2 gomen kita seperti membuat keputusan secara acuh tak acuh je, macam pendirian untuk bertindak itu takder... Sebagai contoh positif yang diambil dari pemerintahan negara jiran (Singapura) dimana sesuatu keputusan yang dibuat oleh kerajaanya tetap juga diteruskan walau bagaimana cara sekalipun dan tiada pernah ada akan istilah 'tak jadi'.
|
|
|
|
|
|
|
|
kekadang fb pun boleh jadi salah satu punca perbalahan antara suami isteri.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan kena pantau and sekat bahan2 negatif dan yg sewaktu dgnnya drp masuk ke alam siber di mesia nie..kalau yg itu blh dibuat then ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke orang kerajaan seperti Saidina Ali pada zaman sekarang ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx replied at 25-3-2015 01:59 PM
ada ke orang kerajaan seperti Saidina Ali pada zaman sekarang ini?
Tatau la mia hihi |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dah pupus kot.....
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal google translate kot gomen takut ?
|
|
|
|
|
|
|
|
nak sekat amendenya kalau menteri dan anak menteri semua gila bersosial media.. sebab tu tak jadi tutup |
|
|
|
|
|
|
|
depa lebih memerlukan sbb tu tak sekat kot |
|
|
|
|
|
|
|
ada beza antara cadangan dan keputusan .. dalam hal sekat fb ni, ianya hanya cadangan. dan terbuka untuk di bincangkan. tapi ramai salah anggap cadangan tu sebagai keputusan . tu yang datang cerita kerajaan flip flop.
|
|
|
|
|
|
|
|
FACEBOOK dan GOOGLE tak bersalah orang yang menggunakan tu salah |
|
|
|
|
|
|
| |
|