CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 17

Tidur siang mampu tingkatkan daya ingatan

[Copy link]
Post time 24-3-2015 09:58 PM | Show all posts |Read mode
TIDUR pada waktu siang selama 45 minit hingga satu jam boleh meningkatkan lima kali ganda daya ingatan, menurut satu kajian.

Dalam kajian tersebut, 41 pelajar diajar 90 perkataan dan 120 pasangan perkataan yang tidak berkaitan.

Separuh daripada mereka dibenarkan untuk tidur sebentar selepas itu.

Keputusan kajian mendapati pelajar yang tidur sebentar mampu untuk mengingat lebih banyak perkataan daripada pelajar yang tidak tidur.

Penyelia kajian, Profesor Axel Mecklinger berkata, tidur sebentar pada waktu siang di pejabat atau di sekolah mampu untuk meningkatkan kejayaan dalam pembelajaran

"Sesiapa yang berada di dalam persekitaran pembelajaran, perlu berfikir secara serius tentang kesan-kesan positif tidur sebentar pada waktu siang.

"Tidur sebentar dapat menghasilkan peningkatan lima kali ganda dalam meningkatkan daya ingatan maklumat," katanya dipetik Metro.uk

Kajian ini di muatkan dalam jurnal Pembelajaran Neurobiologi dan Ingatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 10:10 PM | Show all posts
Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ



“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).” (Surah Ar-Ruum : Ayat 23)

Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.



Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:17 PM | Show all posts
ice_sky92 replied at 24-3-2015 10:10 PM
Firman Allah سبحانه وتعالى : ...

nanti boleh la pekerja guna alasan tidur dalam ofis

"woi bos, lu tak hormat ajaran islam ka?? ajaran islam cakap ini waktu paling sesuai untuk tido! so gua nak tido sekarang!!"
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-3-2015 10:17 PM
nanti boleh la pekerja guna alasan tidur dalam ofis

"woi bos, lu tak hormat ajaran islam ka?? a ...

Kalau kat rumah boleh la tido sekejap sebelum Zuhur bro. Kalau tengah kerja buat apa nak tido. Salah sendiri la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:33 PM | Show all posts
ice_sky92 replied at 24-3-2015 10:26 PM
Kalau kat rumah boleh la tido sekejap sebelum Zuhur bro. Kalau tengah kerja buat apa nak tido. Sal ...

kalau nak ikut ajaran islam, jangan separuh-separuh

nape tak nak buat kat ofis, takut bos ke?? atau takut Allah?


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-3-2015 10:33 PM
kalau nak ikut ajaran islam, jangan separuh-separuh

nape tak nak buat kat ofis, takut bos ke??  ...

Mohon belajar dulu bezakan antara wajib dan sunnah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat jopun pun ade buat kn...tdo d tghari utk tingkat kn daya peng 'absorb'ban pelajaran d sekolah.. Tp xingat dah BC kt mane..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:53 PM | Show all posts
ice_sky92 replied at 24-3-2015 10:40 PM
Mohon belajar dulu bezakan antara wajib dan sunnah.

sape2 yang halang aku buat perkara sunnah dianggap memusuhi islam

contohnya pakai serban, bela janggut, pakai jubah etc

apa salah kalau aku nak tidur siang time kat ofis????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 11:25 PM | Show all posts
kalau belajar di pondok atau tahfiz... diwajibkan tidur antara jam 11-12 tengahhari.....sunnah nabi tidur ketika waktu ini...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko patut tdo siang slalu @chazey

BG otak tu  berhubung bnyk
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:21 AM | Show all posts
dulu ai selalu tidur di sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut laa ramai tido time khutbah jemaat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:03 AM | Show all posts
time kerja boleh jgk nak praktik ni kot
tp lelaki je la, kalau perempuan mungkin leceh sikit
time rehat, tido sekejap...lepas tu makan...solat...sambung kerja
teman agak jer ni...sbb teman perempuan
jadi teman tak tau keadaan lelaki time kerja sebenarnya dorang macam mana..
sorry kalau salah andaian
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:12 AM | Show all posts
pd aku tidak utk semua org jugak..
ada jerk jenis yg hari2 tido siang ni..
IQ dia tahap siput gak..
yg diingat nya asal tengahari nak tido ..asal tengahati nk tido..
tu dia ingat la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:17 AM | Show all posts
jom....tengahari ni kita sama2  tido sekejap....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:41 AM | Show all posts
Kerja itu satu Ibadah
Tidur juga satu Ibadah

So tidur sewaktu kerja is DOUBLE Ibadah

cnp group wassap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tidur siang la kalo mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 07:28 PM | Show all posts
nasib baik aku selalu tidur siang..sebab tu aku bijak ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.089248 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list