CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1748|Reply: 0

Skuad B23 negara ikat Korea Utara B22

[Copy link]
Post time 24-3-2015 01:05 AM | Show all posts |Read mode


Skuad B-23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee berjaya melakar keputusan yang memberangsangkan apabila berjaya mencatat keputusan seri 1-1 berdepan B-22 Korea Utara di Bangkok.

                Walaupun ketinggalan pada minit ke-34 menerusi tendangan penalti yang disempurnakan penyerang Korea Utara Jo Il Gwan namun ia langsung tidak merencatkan rentak permainan skuad negara.

Pemain remaja yang semakin meningkat naik M. Kogileswaran menjadi wira apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 79.

Keputusan seri ini seharusnya memberikan semangat buat skuad muda negara untuk mencatat keputusan lebih baik lagi apabila berdepan kelab Thailand, Air Force United dan Police United pada 26 dan 30 Mac.

Jika prestasi baik ini mampu dikekalkan, tidak mustahil skuad negara mampu merangkul pingat emas di Sukan SEA Singapura nanti.

Sementara itu skuad B-22 tahun negara kendalian Razip Ismail turut mencatat keputusan seri 1-1 berdepan skuad B-22 tahun Myanmar.

Bintang muda Johor Darul Takzim II (JDT II) Shafiq Shaharuddin berjaya mencatat nama sebagai penjaring.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.192609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list