Edited by mahalnya at 22-3-2015 08:15 PM
Baru sahaja menimang mata Januari lalu, nampaknya ada pihak yang cuba menguji kesabaran penyanyi ini dengan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada anak sulung mereka, Khaleef Dayyan, sehingga menimbulkan kemarahan Black Hanifah sendiri sebagai bapa.
Melalui temubual bersama Melodi hari ini, ternyata Black tidak senang dengan apa yang diperkatakan kepada anaknya itu oleh seorang individu di laman sosial dan menurut Black, dia sendiri sudah cuba mendapatkan individu terbabit, namun tiada sapaan balas.
“Dia kata anak saya beruk, maksudnya dulu kau pernah jugak jadi beruk. Isteri aku cantik, anak aku sempurna. Itu anak aku, kau nak cakap apa, cakap. Tapi jangan aku jumpa kau depan-depan, aku rembat muka kau,” tegas Black penuh perasaan. Emosi sungguh kami lihat Black ketika dia beri amaran itu- Rotikaya
|