View: 2633|Reply: 2
|
Flip Car Fast And Furious 6
[Copy link]
|
|
Kenderaan paling tidak boleh dilupakan dari filem Fast 5 ialah Gurkha LAPV yang digunakan The Rock. Kenderaan paling tidak boleh dilupakan di dalam filem Fast and Furious 6 pula ialah Flip Car di bawah. Kenderaan buatan khas ini dihasilkan oleh penyelaras kenderaan Dennis McCarthy . Dennis sudah menjadi penyelaras kenderaan yang digunakan di dalam frankais filem ini sejak Tokyo Drift. Pada asalnya Flip Car sepatutnya ialah sebuah trak berkuasa tinggi yang mampu menterbalikkan kenderaan tetapi pengarah Justin Lin mahukan sesuatu yang lebih Eropah. Dennis kemudian mereka sebuah kenderaan yang diilhamkan oleh sebuah kenderaan F1. Sebab itulah flip car dibina sangat rendah dan berbentuk seperti sebuah kereta F1. Sebanyak 7 Flip Car dibina bagi kegunaan pergambaran. Ia diperkasakan enjin 6.2 liter LS3 V8 General Motor dengan 480 kuasa kuda. Flip Car mampu membawa 3 orang penumpang dan mempunyai sistem stering 4 tayar bagi memudahkannya berpusing. Cool eh?
Laporan asal Edmunds
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|