![](http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2014/03/mazda-3-arenakereta.jpg)
Di sini diselitkan satu brosur yang bocor di Internet yang menunjukkan spesifikasi Mazda 3 bagi model CKD yang bakal dijual di Malaysia. Menurut satu sumber dari Carlist.my yang berhubung dengan Bermaz – pengedar sah Mazda Malaysia – maklumat yang tercatit pada brosur tersebut agak tepat walaupun tidak diberikan pendedahan sepenuhnya tentang perkara tersebut. Dalam brosur tersebut, terdapat 3 spesifikasi yang ditunjukkan di mana bahagian kiri gred ‘mid’ dan bahagian tengah gred ‘high’ dikatakan spesifikasi bagi model 2015 Mazda 3 Sedan CKD manakala pada bahagian kanan gred ‘mid’ pula menunjukkan spesifikasi bagi model 2015 Mazda 3 Hatchback CKD. Dari brosur tersebut, dapat dilihat yang varian Sedan ditawarkan dalam dua pilihan manakala varian Hatchback pula hanya satu spesifikasi bakal dijual. Harga anggaran bagi model 2015 Mazda 3 CKD ini dijangka bakal dijual bermula pada harga RM105,000 bagi varian asas dan boleh mencecah anggaran RM140,000 bagi spesifikasi penuh. ![](http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2015-Mazda-3-Spec1.jpg) Jika benar spesifikasi di atas diberikan pada model CKD, kebanyakan ciri-ciri terbaru diselitkan ke atas varian 2015 Mazda 3 Sedan CKD spesifikasi penuh termasuk: – MZD Connect
– Kamera Pandang Belakang
– Smart Keyless entry (bermula dari varian asas)
– 6 Beg Udara (bermula dari varian asas)
– Head Up Display (HUD)
– High Beam Control (HBC)
– Lane Departure Warning
– Smart City Brake System (SCBS)
– Dynamic Stability Control (bermula dari varian asas)
– Tempat duduk kulit (spesifikasi penuh sahaja)
– Paddle shifters (spesifikasi penuh sahaja)
Buat masa ini, kita cuma perlu tunggu sehingga Bermaz membuat pendedahan sepenuhnya ke atas model CKD terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
|