CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1626|Reply: 2

[Tempatan] Parah : Kes Selesema, Denggi Meningkat

[Copy link]
Post time 13-3-2015 11:02 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Musim selesema dan denggi kini menular berikutan klinik dan pusat perubatan di seluruh negara melaporkan peningkatan bilangan pesakit yang berhadapan dengan wabak itu.

Kementerian Kesihatan berkata, peningkatan dalam bilangan mereka yang mendapat rawatan bagi jangkitan saluran pernafasan (RTI) seperti selesema dan batuk berlaku setiap tahun.

Satu tinjuan The Star terhadap beberapa klinik menunjukkan bilangan pesakit RTI meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus pada bulan lepas.

"Setiap kali terdapat perubahan cuaca, seperti yang berlaku sekarang di mana perubahan waktu panas terik kepada hujan lebat, maka akan ada peningkatan mendadak dalam bilangan mereka yang jatuh sakit," kata pengamal perubatan, Dr R. Chandravathana.

"Keadaan itu menunjukkan bagaimana badan bertindak balas kepada perubahan yang cepat dalam suhu tetapi ia akhirnya akan dapat diubati," katanya.

Tambahnya, pada masa ini sekurang-kurangnya separuh daripada pesakit di kliniknya mengalami sama ada deman, selesema, sakit tekak atau kesemuanya.

"Cara terbaik untuk memastikan mereka tidak jatuh sakit adalah meminum banyak air dan mendapatkan rehat secukupnya.

"Ia juga baik sekiranya mereka dapat mengelakkan daripada terkena hujan, kerana ia sering kali melemahkan sistem imun seseorang," katanya.

Pegawai pembantu kesihatan di klinik 1Malaysia Alam Damai, Muhammad Harriz Ahmad, turut melaporkan peningkatan bilangan pesakit yang mengalami RTI.

"Klinik menerima secara purata 30 pesakit sehari yang mempunyai simptom demam, sejuk dan batuk," katanya.

Pembantu khidmat pelanggan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Zita Marzila berkata, selain pesakit yang mengalami RTI, terdapat juga peningkatan bilangan bagi kes denggi.

"Kami percaya perubahan cuaca mungkin faktor menyebabkan lebih ramai menghidap denggi," tambahnya.

Beberapa klinik di Pulau Pinang, Pahang dan Johor Bahru turut melaporkan terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kerana sejuk, demam dan denggi.

Jurucakap Jabatan Meteorologi, Dr Hisham Mohd Anip berkata, negara kini sedang mengalami musim monsun timur laut, yang bermula sejak November tahun lalu.

"Semasa musim ini, akan adanya hujan lebat, terutama di pantai timur Semenanjung dan bahagian barat di Sarawak," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 11:51 AM | Show all posts
Opis aku la ni ramai ada simptom ni  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 02:52 PM | Show all posts
dah doket april flu lah...setiap tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.359104 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list