CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1941|Reply: 14

[Tempatan] [INDON] Kadir & Doyok Pun dapat BR1M

[Copy link]
Post time 13-3-2015 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Warga Indon memasuki Sabah secara haram mendakwa dirinya warganegara Malaysia menunjukkan bukti surat dari Putrajaya



KOTA KINABALU: Seorang warga Indonesia, Mustapha Munir, 50an yang ditahan kerana memasuki Sabah secara haram, mengaku dirinya seorang warga Malaysia kerana mempunyai surat daripada Putrajaya yang diterima dua tahun lalu yang sekali gus melayakkan dia menerima bantuan BR1M. Mustapha memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz bahawa BR1M sebagai salah satu bukti dia diakui sebagai warganegara oleh Kerajaan Malaysia. Azreena mempersoalkan kandungan surat tersebut dan Mustapha membacanya di Mahkamah.

Surat yang bertarikh 22 Mac 2013 itu memberikan alamatnya di Kg Simunul, Semporna. Mustapha juga memberitahu mahkamah bahawa dia pernah dipenjarakan di Brunei di mana pihak berkuasa menyenaraikannya sebagai warganegara Malaysia namun tidak menjelaskan tentang hukuman penjaranya di Brunei dan pihak pendakwa tidak membangkitkan persoalan.

Mustapha yang ditahan di Ranau telah didakwa di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 yang membawa hukuman denda sehingga RM 10,000 dan/atau penjara selama lima tahun dan sebatan. Mustapha akan mengetahui nasibnya semasa pendengaran di Mahkamah Sesyen pada 23 Mac akan datang untuk memutuskan dakwaan terhadapnya serta pengurusan kes. Sementara itu dia ditahan reman sehingga perbicaraan bermula.

Kes Mustapha bukanlah yang pertama di Sabah. Dalam dua kes sebelum ini yang mendapat liputan meluas media, pihak pendakwa menarik balik tuduhan apabila kedua-dua tertuduh mendakwa bahawa mereka warganegara Malaysia dan Jabatan Imigresen menarik diri dari kes. Bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh, merupakan peguambela bagi salah satu kes itu yang melibatkan Salman Majid.

Dalam Mahkamah yang sama, 20 lagi warga asing dipenjarakan atas dakwana yang sama untuk tempoh antara empat hingga lima bulan kerana memasuki negeri tanpa dokumen perjalanan yang sah. Pendatang tanpa izin itu yang berumur antara 18 dan 50 ditahan di Kudat, Tuaran, Kota Belud, Papar dan Penampang pada bulan Mac.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 10:12 AM | Show all posts
wow,tahniah laa dpt brim.macai2 felda pprt pon xdpt
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:12 AM | Show all posts
janji bukan cina

sesiapa yg seagama dialu2kan...utk memperbaiki dna meleis sini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
good bye malay sia
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:45 AM | Show all posts
tahniah ketuanan melayu , sesiapa yang muslim tak kira pon  mesti dapat bantuan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
so apa kena-mengena dgn kadir n doyok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2015 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan wak doyok dpt brim dia tunjuk kt instagram
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:53 AM | Show all posts
Negeri kena gadai kat Indon dan Sulu pun org Sabah Sarawak akan tetap sokong BN ... percayalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 10:55 AM | Show all posts
Bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh, merupakan peguambela bagi salah satu kes itu yang melibatkan Salman Majid
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:55 AM | Show all posts
kg simunul??yg tempat ambush tu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:55 AM | Show all posts
Aku pernah pergi ke Pasar Pelipin di KK, yg mana time tu PTI ni cerita psl BRIM yg dorang apply... Dorang cakap dgn kawan dia tu suruh apply je, psl ramai jgk dorang dapat.....  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:58 AM | Show all posts
ramai meleis kebangga bisu je..
klau cina..mesti dh bising
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 10:59 AM | Show all posts
ramai meleis kebangga bisu je..
klau cina..mesti dh bising
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 11:15 AM | Show all posts
indon kesayangan acai2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 11:23 AM | Show all posts
indon kalu pasal duit..dan..dan ngaku rakyat Malaysia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.076547 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list