|
Majlis Perasmian Kilang Kereta Mewah
Di sebuah negara, seorang Menteri diundang untuk menghadiri majlis perasmian kilang kereta mewah yang baru dibina. Selepas acara perasmian selesai, pemilik kilang tersebut mengumumkan, "Datuk (merujuk kepada Menteri), suatu kehormatan besar kerana Datuk sudi hadir dalam acara perasmian ini. Sebagai tanda terima kasih, kami akan memberikan satu unit kereta terbaru dari kilang kami kepada Datuk."
"Maaf, tetapi saya tidak boleh menerimanya," Menteri itu menolak dengan halus.
"Tidak apa-apa, Datuk. Ini adalah hadiah dari syarikat kami untuk Datuk, " si pengarah berkata-kata dengan penuh yakin.
"Saya faham," kata sang Menteri, "Tetapi saya tidak boleh menerima pemberian ini. "
Namun, pengarah tersebut tetap berkeras agar Menteri tersebut menerima pemberian hadiah itu.
Akhirnya, si Menteri mengalah, "Ok lah, jika anda terus memaksa, tetapi saya tidak biasa menerima sesuatu dengan percuma. Sebutkan harga yang anda ingin saya bayarkan untuk kereta ini."
Si Pengarah berfikir sejenak, kemudian berkata, "Baiklah, Datuk hanya perlu membayar kereta ini hanya lima ringgit saja."
Si Menteri tersebut menyerahkan sekeping wang seratus ringgit kepada sang pengarah.
"Maaf Datuk, tetapi sekarang saya tidak ada wang kecil untuk dikkembalikan pada Datuk," jelas sang pengarah.
Sang Menteri tersenyum dan berkata, "Oh, tidak ada masalah, saya akan membeli dua puluh kereta lagi dengan wang tersebut."
|
|