Selama lebih seratus tahun rekaan standard sebuah kereta ialah ianya berbentuk empat segi. Selama ratusan tahun juga pengeluar kereta membelanjakan berbillion dolar bagi memperbaiki rekaan aerodinamik kereta mereka bagi membuatkan ianya lebih efisyen. Bagi Nissan rekaan empat segi yang sedia ada adalah tidak cukup aerodinamik untuk kereta masa hadapan. Sebelum ini ada kami paparkan konsep Nissan Zeod yang berbentuk tiga segi. Bulan ini Pameran Kereta Tokyo Nissan akan memperlihatkan Nissan Bladeglider yang juga berbentuk tigasegi. Dalam ujian prototaip Zeod sebelum ini mereka mendapati kereta dengan konfigurasi tigasegi menjimatkan penggunaan bahan api. Ini adalah penting bagi kenderaan elektrik yang kini masih mempunyai masalah jarak perjalanan maksimum. Adakah dunia sudah bersedi untuk kereta berbentuk tigasegi? Adakah Meleis akan mula panik dan mendakwa kereta ini adalah agenda jahat illuminatus? Sila layan video The Arrival terkini bagi membebalkan otak anda ke tahap zaman paleolitik sekarang.