CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1605|Reply: 1

[Tempatan] Harga terkini gas masak belum dapat diputuskan, kekal RM26.60 bagi 14 kg

[Copy link]
Post time 10-3-2015 11:18 PM | Show all posts |Read mode


Bekalan gas petroleum cecair (LPG) yang berkurangan antara 20 peratus hingga 30 peratus berbanding keperluan sebanyak 1.5 juta tan metrik setahun perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum kerajaan boleh menimbangkan untuk menaikkan harga bahan bakar itu.

Langkah penstabilan itu perlu diberi keutamaan memandangkan bekalan LPG di pasaran semakin kritikal.

Kenaikan kos dalam pengeluaran gas semakin meningkat dan 40 peratus daripada bekalan gas yang diimport pada kos juga tinggi menjadi punca kekangan bekalan.

Lantaran itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, bekalan gas perlu distabilkan supaya kerajaan dapat menentukan jumlah subsidi yang ditanggung jika berlaku kenaikan harga gas.

Beliau berkata, kementerian itu mempunyai beberapa cadangan dalam usaha untuk menstabilkan bekalan dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi pada minggu depan.

"Sehingga Majlis Ekonomi membuat keputusan, harga gas adalah kekal RM26.60 bagi 14 kilogram," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kad kredit-I platinum Bank Rakyat di sini.

Hasan bagaimanapun enggan mengulas cadangan harga gas yang akan dinaikkan tetapi memberitahu harga gas tidak disemak sejak tahun 1983.

Menurutnya, pada harga itu peniaga hanya mendapat margin keuntungan sebanyak RM3.

Menjawab soalan, Hasan memberi jaminan harga gas tidak akan dinaikkan pada satu harga yang membebankan rakyat.

"Kita faham situasi rakyat sebab itu jika berlaku, saya jamin kenaikan munasabah," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap pasal gas,
Gas aku abes tgh masak tadi,
Gi tanye kt semua kedai,
Semua kate xde gas,
Apekejadah ??,
Terpakse pinjam gas jiran kejap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056005 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list