CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1597|Reply: 1

Versi HTC One M9 Mampu Milik Sedang Dibangunkan

[Copy link]
Post time 10-3-2015 01:20 AM | Show all posts |Read mode
HTC One M9 merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi terbaharu dari HTC yang dilancarkan baru-baru ini, tetapi nampaknya HTC mungkin sedang membangunkan versi mampu milik telefon pintar tersebut bagi mereka yang tidak mahu membelanjakan terlalu banyak wang untuknya.

Versi HTC One M9 Mampu Milik Sedang DibangunkanCawangan Upleaks di China melaporkan HTC akan melancarkan versi telefon pintar HTC One M9 mampu milik yang dipanggil HTC One E9. Perkara sama telah dilakukan HTC pada model M8 apabila ia melancarkan telefon pintar HTC One E8.

Menurut Upleaks, versi M9 mampu milik itu akan dilengkapi dengan pemproses 2GHz MediaTek MT6795 64-bit, 3 GB RAM, 32GB ruang storan, kamera utama 20MP, speaker Boomsound dan samada kamera UltraPixel 4MP atau kamera 13MP sebagai kamera selfienya. Spesifikasi ini hampir sama dengan M9, tetapi sebahagian daripadanya jelas kurang sedikit berbanding M9.

Tambahnya lagi, model E9 ini dikatakan akan didatangkan dalam model dwi kad SIM dan akan didapati dalam warna “white rose gold”, “brown gold” dan kelabu.
Walaupun HTC telah melancarkan HTC One M9 dalam acara MWC 2015 minggu lepas, kami masih menjangkakan mereka akan melancarkan telefon pintar HTC One Plus yang lebih besar dan One E9 suatu hari nanti.

kredit:www.techkini.com

                               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 07:35 AM | Show all posts
Untuk telefon pintar mampu milik, aku lebih berminat dengan produk Xiaomi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.058411 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list