CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16466|Reply: 39

[Tempatan] Sengsara di Aidilfitri: Apa yang anda perlu jaga jika menghidap penyakit ini?

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 8-4-2024 09:30 PM

SETIAP kali tiba Aidilfitri, pastinya kita teruja untuk makan pelbagai juadah lazat yang disediakan. Bila takbir bergema, ketupat dan rendang menjadi kegemaran semua.


Ramai daripada kita melihat musim perayaan sebagai masa untuk 'membalas dendam' dan menjamah pelbagai makanan selepas sebulan menahan lapar dan dahaga.


Tidak kurang juga yang leka dan tidak mengutamakan aspek kesihatan terutamanya penghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, pedih ulu hati, dan gout.


Penghidap penyakit ini harus sedar wujud kesan sampingan daripada pemakanan yang tidak dijaga semasa musim perayaan.


Kepada penghidap penyakit tersebut, hayati panduan ini untuk Aidilfitri yang bermakna:


1. Kencing Manis atau Diabetes
Untuk Aidilfitri yang bermakna, pastikan anda memakan ubat diabetes seperti yang ditetapkan dan sentiasa pantau paras gula dalam darah melalui alat bacaan darah di rumah. Elak makanan yang mempunyai gula berlebihan yang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah anda naik dan tidak terkawal. Antara kesan sampingan paras gula tinggi dan tidak terkawal termasuk obesiti, kerosakan mata, jantung, dan buah pinggang.


2. Darah Tinggi
Pastikan anda bersederhana memakan pelbagai juadah yang mempunyai kandungan garam yang tinggi dan kurangkan makanan yang diproses. Sentiasa pantau bacaan tekanan darah anda sekiranya ada alat bacaan darah tinggi di rumah. Jangan lupa juga untuk mengambil ubat darah tinggi seperti yang telah ditetapkan. Sekiranya tekanan darah anda terlalu tinggi, anda berisiko mendapat serangan jantung dan angin ahmar.


3. Pedih Ulu Hati atau 'Gastritis'
Kurangkan memakan makanan pedas, berminyak, dan minuman berkafein tinggi. Pastikan anda makan pada kadar dan tempoh yang sesuai sepanjang hari kerana pola pemakanan yang tidak tentu boleh menyebabkan asid yang dirembeskan oleh perut menghakis lapisan perut. Ini menyebabkan kesakitan, pendarahan, dan juga perut bocor. Sediakan snek yang berkhasiat seperti biskut serat tinggi dan air kosong jika anda bercadang untuk berziarah di bulan Syawal ini. Ubat-ubatan yang boleh mengurangkan kadar asid dalam perut juga boleh diambil mengikut arahan doktor.


4. Gout
Makanan yang kaya dengan purin seperti daging merah dan organ dalaman, kepah, ikan bilis, sardin dan makarel dalam tin boleh menyebabkan kadar asid urik meningkat sekaligus menyebabkan serangan gout. Serangan gout mengakibatkan kesakitan di kaki dan sendi dan mampu menghancurkan 'mood' raya. Pastikan anda minum air kosong dengan banyak dan makanlah dengan berpada-pada dan turut mengelakkan makanan dengan kandungan gula tinggi di Aidilfitri ini.


Secara amnya, kenali makanan yang boleh mencetus kepada serangan penyakit-penyakit ini dan pastikan anda sentiasa mengambil dan membawa ubat dan tahu di mana untuk mendapatkan bantuan kesihatan jika perlu, jika anda menyambut Aidilfitri di kampung.


Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor dan pakar kesihatan untuk memastikan Aidilfitri yang berkualiti dan bebas penyakit.


Ingat, Aidilfitri bukanlah pesta makanan tanpa had. Ia adalah masa untuk kita mengeratkan silaturrahim dan memulakan tabiat pemakanan yang baik selepas sebulan berpuasa.


Jaga kesihatan anda dengan berpada-pada dalam pemakanan dan pastikan anda menikmati sambutan ini dengan penuh kegembiraan dan kesejahteraan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri!



* Dr Nabil Mohammad Azmi merupakan Pakar Bedah dan Pensyarah di Jabatan Surgeri, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan bertugas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.
** Penulisan ini merupakan pandangan penulis berdasarkan bidang tugasnya, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 10:10 PM | Show all posts
Cerry berry - SmectaGo
Pedih hulu hati - Gaviscon
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
3 perkara yang boleh menjatuhkan negara
1. Rasuah
2. Gout
3.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya mampu get ready ubat2 gout aje

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 8-4-2024 09:44 PM
Hanya mampu get ready ubat2 gout aje

Satu lagi sengsara di aidilfitri, iaitu pedih hati disoal bila nak kahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss standby kambing... Tuk makan kat rumah tambah msk rendang kambing... Rendang daging tuk suami n anak2...biasa ari raya selain rendang msk ayam masak merah, kuah lodeh...dl ms kat kg rendang2 semua ni tuk tetamu..iolss adik beradik makan ikan bako terubuk atau ikan susu bako.. ckp pasal makan lupa bl ikan susu..hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan tk boleh makan. jgn makan byk sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada nanas malas betul nak kupas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 9-4-2024 07:56 AM
Ada nanas malas betul nak kupas

bak sini meh i kopekkan. Tapi jadi i punya la kalau i yg kopek
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-4-2024 06:34 AM
Satu lagi sengsara di aidilfitri, iaitu pedih hati disoal bila nak kahwin.

pedih ke kalau itu pilihan sendiri.. drp pedih berpanjangan sengsara hari2
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
tp ramai yek kena gout.. entahler kome. pndai2 ler. tp mana maunye dah time raya yg tak berapa hari celebrate tu pulak jaga makan,org hidang mcm mcm, patut 11 bulan dlm setahun tu le jaga makan. tp mana mana lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Gout ni jgn pk apa yg x bole makan. Apa yg bole makan, makan tu je. Jgn makan benda lain. Sbb utk pesakit gout, yg tak boleh makan JAUH lg bnyk dr yg boleh makan. Mmg hilang nikmat makan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Berpada-pada sajalah waktu makan. I pulak as usual akan bawa air mineral dalam beg. Makan pun kongsi pinggan dengan spouse.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 8-4-2024 10:10 PM
Cerry berry - SmectaGo
Pedih hulu hati - Gaviscon

Gigi sensitif - Sensodyne
Hotel - Trivago
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 9-4-2024 07:46 AM
Iolss standby kambing... Tuk makan kat rumah tambah msk rendang kambing... Rendang daging tuk suami  ...


Tipulah, ikan mana minum susu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 muda ramai kena gout. Minum kokakola makan megi cup pastu gula tak kontrol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2024 10:22 AM
Tipulah, ikan mana minum susu?

Nama ikan tu ikan susu..adeh la ikan mcm mn nk minum susu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kne gout ini aku amalkan minum air mineral, setakat ini bulan puasa belum kne serangan tahap kronik
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 07:31 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2024 10:22 AM
Tipulah, ikan mana minum susu?

Ikan susu tu gelaran kd sejenis ikan yg banyak sekali tulangnya. Di Indonesia, ikan trs ialah ikan Bandeng dn menjadi kesukaan mereka. Hati2lah bila makan ikan susu ni melainkan jika ianya dipresto.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2024 08:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.347650 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list