View: 11901|Reply: 74
|
Khai & Rosma Buka Kafe Bukan Kerana Sudah Tidak Laku
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bekas peserta program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) iaitu Khai dan Rosma memberitahu keputusan mereka membuka kafe iaitu CoffeRich Cafe bukan disebabkan kerjaya seni mereka semakin suram.
Khai yang juga suami kepada Rosma memberitahu, sejak dahulu lagi mereka berdua sangat berminat untuk menceburi bidang perniagaan namun hasrat itu terbantut kerana sibuk dengan bidang nyanyian dan baharu kini impian itu terlaksana.
"Sejak keluar daripada Akademi Fantasia lagi kami sudah memasang angan-angan untuk menceburi bidang perniagaan tetapi ketika itu sibuk dengan aktiviti seni membuatkan perancangan itu tergendala.
"Keputusan buka kafe ini kerana minat dan bukannya disebabkan oleh kami sudah tidak popular.
"Kami masih lagi aktif dalam bidang seni dan biarpun tidak tampil dengan produk baharu tetapi undangan nyanyian masih ada seperti dahulu," katanya kepada mStar Online.
CoffeRich Cafe mula beroperasi sejak 15 Januari lalu.
Pasangan itu ditemui pada majlis pelancaran kafe berkenaan yang terletak di pusat beli-belah AEON Cheras Selatan di sini pada Ahad.
CoffeRich Cafe beroperasi sejak 15 Januari lalu menjual 26 jenis minuman 'ice blended' selain seleksi makanan seperti nasi lemak, sandwich dan sosej.
Dalam pada itu, Khai berkata, menariknya mengenai minuman kopi yang dijual di kafe tersebut, dia menggunakan sepenuhnya produk keluaran tempatan iaitu Kopie Satu yang dijamin bermutu tinggi dan halal.
"Saya dapat bekalan itu daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan terkejut kerana kualitinya sangat baik setanding dengan jenama antarabangsa dan dijamin halal.
"Alhamdulillah maklum balas daripada pelanggan juga rata-rata menyukai kopi yang kami gunakan," katanya.
Sementara itu, Khai berkata, dia menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan CoffeRich Cafe berbentuk kiosk pada masa hadapan selain turut mengajak peminat atau orang ramai yang berminat untuk membuka perniagaan sepertinya.
"Buat permulaan saya ingin stabilkan kafe pertama kami dan Insya-Allah jika sambutan baik kami memang berhasrat untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan.
"Malah kami turut mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang ingin melabur membuka cafe seperti ini dan kami akan uruskan operasi kedai berkenaan," ujarnya.
![](http://i.imgur.com/jSKXUjM.gif)
![](http://signavatar.com/17311_s.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
maintain kurus si rosmah ni lepas berjaya kuruskan badan dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
oldebes khairosma! ![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kiosk secara franchise...mcm idea jual gelang ke nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
apa pun tabik la laki bini ni gigih jua mencari rezeki... semoga sukses |
|
|
|
|
|
|
|
bisness nipu jual gelang pun diaorang gak kan dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu gune produk kopie satu ni ai rasa ok jek,, sedap jugak, n takla mahal sgt..
Dah lama betul ai tak pi aeon cheras selatan...theyols ni mmg tinggal dekat2 situ ke |
|
|
|
|
|
|
|
bazinga replied at 2-3-2015 12:55 PM
Kalu gune produk kopie satu ni ai rasa ok jek,, sedap jugak, n takla mahal sgt..
Dah lama betul ai ...
dorang duk pjaya kan? ke kt mana tah tp yg pasti memang area sekitar situlah |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 2-3-2015 01:34 PM
dorang duk pjaya kan? ke kt mana tah tp yg pasti memang area sekitar situlah
Oh ptjy ker..tak tahu plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
yang penting toksah dah join mlm semua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa...patut pun ternampak khai dgn anak dia kat aeon ni haritu...
khai pakai kopiah dgn kain pelekat...br kuar dari surau kat aeon...
rupanya kiosk ni khai dgn rosma punya...
nanti iols nak try beli...
pernah try minum kopie satu...mmg sedap ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
laaahhhh.... dierang punya ke? patut la pi Aeon CS, nampak khai kat kiosk tuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti bersifu dgn dr azizang.....sebabtu nama produk pun mesti ada rich-rich gittew |
|
|
|
|
|
|
|
susah kan jadi hantu kopi.....banyak duit terbang beli kopi segera ni huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ai tgk Rosma dlm gambar cam cantik berseri lak... ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya rosma ... maintain kurus |
|
|
|
|
|
|
|
semoga sukses ![](static/image/smiley/onion/teatime.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagus....bagus dik... hopefully cafe ni sukses lah hendaknya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|