Senarai hadis palsu di laman web JAKIM
Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan senarai hadis palsu di laman webnya sebagai rujukan kepada orang ramai bagi menangani kegiatan salah guna hadis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan itu dibuat secara berperingkat untuk mengekang penggunaan hadis palsu yang disebarkan melalu Internet dan digunakan untuk menyebarkan fahaman ekstremis.
"Hadis palsu ini dikesan digunakan pihak tertentu untuk menarik orang ramai terutama golongan muda untuk menyertai fahaman ekstremis termasuk kumpulan Negara Islam (IS). "Kita akan menggerakan kepakaran yang ada pada JAKIM untuk memantau hadis palsu ini dan JAKIM akan mengeluarkannya secara berperingkat," katanya pada sidang media selepas majlis pertemuan bersama ahli lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran dan lajnah tafsir al-Quran di sini, hari ini.
|