View: 5053|Reply: 44
|
[Tempatan]
Mulai Sept, asingkan sisa pepejal isi rumah ikut kategori
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menetapkan secara mandatori pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat mulai September ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kutipan sisa yang diasingkan itu akan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dan dijalankan sepenuhnya di negeri yang menerima pakai Akta 672.
Negeri berkenaan termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.
Pelaksanaan peraturan baru itu adalah sebahagian usaha kerajaan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan yang ketika ini semakin meruncing.
"Ia sekali gus dapat meningkatkan aktiviti 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan kadar kitar semula dengan lebih giat lagi di peringkat kebangsaan," katanya berucap merasmikan Majlis Pelan Transformasi Minda ke arah negara bersih, indah dan sejahtera di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Muhyiddin berkata, Pelan Transformasi Minda yang menggariskan pelbagai strategi dan tindakan komprehensif akan menjadi antara agenda utama negara untuk memacu Malaysia ke status negara maju, serta menyemai minda kelas pertama dan budaya sivik yang cemerlang.
Kerajaan juga berharap pelan ini akan meletakkan Malaysia pada landasan betul dan terarah khususnya dalam mencapai hasrat untuk disenaraikan sebagai 10 negara yang terbersih di dunia menjelang 2020.
"Kerajaan berharap masyarakat akan dapat melihat secara matang keperluan memelihara alam sekitar, mengutamakan kebersihan, kelestarian dan keindahan persekitaran serta menghargai sisa pepejal sebagai salah satu sumber ekonomi kepada masyarakat," katanya.
Terdahulu ketika memulakan ucapan, Muhyiddin berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM1.4 bilion bagi kos perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam pada tahun lalu saja.
"Ini adalah satu pembaziran kepada kerajaan dan kerugian kepada masyarakat sendiri sekiranya kita tidak dapat meningkatkan sikap dan perasaan lebih bertanggungjawab ke atas alam sekitar dan kesihatan awam," katanya.
Kadar kitar semula nasional hari ini hanya berada di tahap 10.5 peratus saja dari jumlah bahan buangan yang dilupuskan, berbanding negara maju yang melebihi 40 peratus.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan pihak kerajaan untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan kitar semula akan tetapi amalan ini masih belum mencapai sasaran, tambah Muhyiddin.
Disebabkan amaun bahan yang dibuang ke tapak pelupusan setiap tahun pula dianggarkan sebanyak 2.3 juta tan dengan nilai mencecah RM900 juta, pastinya peningkatan kadar kitar semula akan membawa manfaat besar dari segi penggunaan semula sumber dan peningkatan ekonomi negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
minda pprt bleh diubah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Setujuk. negara maju dah lama buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh.. Kna beli tong kembar 3 |
|
|
|
|
|
|
|
Been doing this dah lama...terbiasa sbb pernah duk tpt yang wajib asingkan sampah..kene beli plastik sampah ikut daerah lagi tau...plastik sampah makanan warna lain..plastik bahan kering/ kitar semula warna lain...kalau nk buang perabot kene beli sticker n tampal dkt perabot..perabot terbuang takde sticker dia x kutip..pastu buang sampah ikut hari tertentu...yang x tahan tpt buang sampah ada cctv so x boleh buat onar sgt sbb ketua kampung boleh buat pengecaman penjenayah sampah
Harap rakyat boleh disiplin..tak susah pun nk asingkan sampah ni |
|
|
|
|
|
|
|
boleh diubah punya.nak berubah xda istilah terlambat.
aku mmg asingkan bahan.sbbny dulu xasingkan.tp tgk acik kutip sampah tu kdg2 bongkar.smpah utk kutip.
so sampah boleh recycle ku asingkan.leh lah jd duit tambahan dia sikit.mcm baju2 dulu aku selalu hanto kat kotak derma.tp kdg2 ada yg xamanah jual baju2 tu balik..buat bundle.aku skrg seluar ke bju laki2 dlm plastik labelkn letak kat atas tong smpah.aku nampak lori sampah bhenti tepi.masing2 try tgk.rasa sedih plk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tak ler....
|
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut replied at 24-2-2015 12:34 PM
Been doing this dah lama...terbiasa sbb pernah duk tpt yang wajib asingkan sampah..kene beli plastik ...
Wah, bagus la. Kat area mana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Long overdue. Dgn rakyat tak bersivik tahler boleh ke tdk |
|
|
|
|
|
|
|
sblm ni dah lama ada
tp kali ni akan dilaksanakan sepenuhnya
okla tu |
|
|
|
|
|
|
|
kenarikelabu replied at 24-2-2015 12:52 PM
Mmg tak ler....
bleh dgn letak sbg syarat nak dpt brim |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 24-2-2015 12:54 PM
Wah, bagus la. Kat area mana tu?
Seoul.......... |
|
|
|
|
|
|
|
dh lama area flat
rasa malas nk buang sampah dlm tong
dia org buang je terus dari tingkat atas
|
|
|
|
|
|
|
|
tin can mahal gak dijual..
iols siap kumpul lps minum |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun kira salah satu usaha pengasingan sampah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya! kat negara mana tu?
mmg dah lama sangat plan ni materialize... tp mechanism pelaksanaan kena teliti
|
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut replied at 24-2-2015 12:34 PM
Been doing this dah lama...terbiasa sbb pernah duk tpt yang wajib asingkan sampah..kene beli plastik ...
jepun ke siput?... |
|
|
|
|
|
|
|
kunun2 nak ikut stail negara maju...
cara memerintah masih lagi stail negara donia ke3.... |
|
|
|
|
|
|
|
lululun replied at 24-2-2015 01:25 PM
bestnya! kat negara mana tu?
mmg dah lama sangat plan ni materialize... tp mechanism pelaksanaa ...
Lululun n sis @jazaa ...kt s.korea... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat singapore kalau buang sampah sebarangan boleh diambil dna kat sampah tu nak buang sebarang pun tak berani sebab banyak cctv.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|